Events Calendar

Download as iCal file
Majlis Penyerahan Komputer dan Penutupan Program Kursus Kesihatan Keluarga di Kampung Mang
Tuesday 15 September 2020
Hits : 109
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
14.jpg

 

Majlis Penyerahan Komputer dan Penutupan Program Kursus Kesihatan Keluarga Kampung Mang bagi sesi akademik 2018/2020 telah diadakan dengan jayanya di Masjid Ali Fatimah, Kampung Mang.

Program Kursus Kesihatan Keluarga merupakan program yang melibatkan pelajar-pelajar perubatan tahun satu dan tahun dua. Menjadi tradisi bagi program ini, terdapat dua buah majlis besar yang diadakan iaitu Majlis Penyerahan Anak Angkat dan Majlis Penutupan Program Anak Angkat. Majlis Penyerahan Anak Angkat telah diadakan pada 9 Mac 2019 bertempat di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS. Manakala perancangan bagi Majlis Penutupan pula sepatutnya diadakan di Dewan Masyarakat Kampung Mang pada 20 Jun 2020.    

Walau Bagaimanapun disebabkan Pandemik Covid 19, majlis yang telah dirancang terpaksa dibatalkan. Bagi menghargai kerjasama yang telah dihulurkan, UNIMAS melalui Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah menyerahkan 2 unit komputer baharu kepada wakil penduduk Kampung Mang dan sekaligus menutup Program Kesihatan Keluarga.

Majlis ini dihadiri 50 orang (35 orang keluarga angkat dan 15 orang warga UNIMAS). Terdapat 5 buah keluarga angkat yang tidak dapat hadir kerana tugasan-tugasan yang tidak dapat dielakkan. Manakala para pelajar masih belum kembali ke kampus kerana masih lagi mengikuti aktiviti Pengajaran & Pembelajaran secara atas talian.

UNIMAS juga telah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang ahli keluarga angkat pelajar perubatan yang telah meninggal dunia.  Turut dijemput hadir ke majlis ini adalah Hajah Zainab Tambi, mantan Koordinator Kursus Kesihatan Keluarga.

Semoga ikatan silaturahim dan ukhwah antara UNIMAS dan masyarakat terutamanya di Kampung Mang ini akan terus terjalin dan bertambah kukuh.

 

1

 

2

 

3

 

4

 

5

 

6

 

7

 

8

 

9

 

10

 

11

 

12

 

13

 

14

 

 

 

 

 

 

 

 
Attachment(s):
 
 
Demo