Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS sumbang rekaan terbaharu beg jenazah untuk HUS
Wednesday 01 July 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 94
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
body_22_20200630_TYCO7914.jpg

body 18 20200630 TYCO7897body 42 20200630 TYCO7972

KOTA SAMARAHAN, 1 Julai 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menyumbang sepuluh beg jenazah yang merupakan rekaan terbaharu atau dipanggil ‘Body Enclosure for Corpse’, kepada Hospital Umum Sarawak, petang kelmarin.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah berlangsung secara ringkas di Rumah Universiti, UNIMAS, dengan disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dr Wan Hashim Wan Ibrahim kepada Timbalan Pengarah HUS, Dr Hajjah Hayati binti Ja’afar.

Menurut Profesor Dr Wan Hashim, sumbangan produk ‘Body Enclosure for Corpse’ adalah sebagai membantu pihak Kerajaan Negeri Sarawak membantu barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19.

Jelas beliau, UNIMAS telah mewujudkan dana COVID-19, di mana dana tersebut telah digunapakai untuk menghasil produk-produk terutamanya melibatkan produk” ‘Personal Protective Equipment’ untuk para barisan hadapan khususnya dihospital-hospital kerajaan mahupun swasta.

“ Salah satu produk yang dibangunkan adalah ‘Body Enclosure for Corpse’, yang telah dicipta oleh para penyelidik dari Institut Seni Kreatif dan Teknologi atau kita panggil iCreaTe UNIMAS,” sambungnya lagi.

Beliau menambah, produk tersebut telah dibangunkan sejak tahun 2016, di mana setahun kemudiannya, produk sama tapi versi pertama yang dikenali sebagai ‘Smart Soft Stretcher’ (3S), telah memenangi tempat kedua di anugerah tahun pengkomersialan Malaysia 2017, bagi kategori Usahawan Sosial.

Dalam pada itu, Dr Hajjah Hayati binti Ja’afar berterima-kasih dengan UNIMAS atas sumbangan berkenaan yang mana menurut beliau, ia banyak membantu HUS untuk memudahkan pengurusan jenazah terutama melibatkan pesakit COVID-19.

Beliau berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan sehingga kini, UNIMAS juga telah menyerahkan sumbangan lain seperti kotak intubasi, pencuci tangan pembasmi tangan, pelindung muka (face shield), penutup mulut dan hidung untuk membantu para barisan hadapan di HUS.

Beliau berharap, UNIMAS akan terus memberi kerjasama dengan HUS untuk bersama-sama berusaha menangani pandemik COVID-19, dan juga berharap agar lebih banyak agensi lain turut membantu HUS untuk tujuan yang sama.

 
Attachment(s):
 
 
Demo