Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS pastikan keterangkuman semasa norma baharu
Thursday 25 June 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1661
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2020-06-25 at 17.09.21.jpg

 

WhatsApp Image 2020 06 25 at 17.09.21 1

KOTA SAMARAHAN, 25 Jun 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) membenarkan beberapa kategori pelajar untuk kembali ke kampus secara berperingkat bermula 1 Julai sebagai salah satu pendekatan untuk memastikan yang pembelajaran mereka tidak terjejas.

Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi memberitahu pelajar yang dibenarkan untuk kembali ke kampus bagi melengkapkan baki Semester 2 Sesi 2019/2020 adalah pelajar siswazah dan tahun akhir yang perlu menjalankan kerja-kerja makmal/klinikal /bengkel/studio serta pelajar yang perlu menghabiskan latihan industri di kampus.

Beliau berkata, UNIMAS juga bercadang untuk membenarkan pelajar selain daripada pelajar tahun akhir yang mempunyai masalah internet dan tiada peranti di rumah, serta keperluan badan profesional kembali ke kampus untuk membolehkan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara atas talian dengan menggunakan kemudahan Universiti.

Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada kebenaran yang diberikan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Tambahnya lagi, “ Jika diluluskan, UNIMAS akan memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) dipatuhi terutama yang berkaitan dengan jumlah pelajar tidak melebihi 25 peratus di dalam kampus, dan penggunaan kemudahan makmal/bengkel/studio tidak melebihi 50 peratus dari kapasiti sebenar.

Beliau menambah, UNIMAS juga akan memastikan pelajar menggunakan makmal/klinikal/bengkel/studio secara bergilir dan akan memantau keberadaan pelajar-pelajar dengan mengunakan aplikasi “We Care” iaitu sistem atas talian secara “real time” semasa check in dan check out.

Selain itu, pelajar baharu Semester 1 akan dibenarkan datang ke kampus secara berperingkat, bermula pada bulan Ogos bagi pelajar Pra Universiti dan seterusnya Oktober bagi pelajar baharu Prasiswazah.

Terdahulu, Naib Canselor turut memaklumkan bahawa kaedah PdP UNIMAS menggunakan platform atas talian sepenuhnya kecuali pelajar klinikal dan bukan klinikal yang memerlukan pengajian secara bersemuka.

 
Attachment(s):
 
 
Demo