Events Calendar

Download as iCal file
PPU Talk kupas isu mendepani krisis di luar jangka
Wednesday 17 June 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1500
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
PPU1.jpg

PPU2PPU3

PPU2 2

Kota Samarahan, 17 Jun 2020: Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) telah mengadakan ‘PPU Talk’ bertajuk ‘Pengurusan Dinamik dan Berpandangan Jauh Dalam Menghadapi Krisis Luar Jangka’ bersama Pendaftar UNIMAS, Tuan Haji Azlan Ramli, secara dalam talian pada pagi kelmarin.

Program ‘PPU Talk’ yang diadakan selama satu jam setengah itu bertujuan untuk meningkatkan visibiliti PPU sebagai sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan para pentabdir di Universiti ini.

Antara isu-isu yang dibincangkan dalam program berkenaan ialah berkaitan dengan langkah-langkah yang telah diambil oleh Pengurusan UNIMAS dalam mendepani situasi sukar semasa penularan wabak CoVID-19.

Tuan Haji Azlan menjelaskan bahawa UNIMAS telah merangka pelbagai strategi bagi memastikan urusan Universiti dapat berjalan seperti biasa terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan.

“ Kita amat bersyukur kerana mendapat kerjasama dari warga UNIMAS dan ia menjadi kunci semangat kita untuk berjaya menguruskan krisis di luar jangka. Malah kita percaya bekerja dalam norma baru ini juga mampu membantu institusi dalam menangani sebarang perubahan dan krisis di masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, program ‘PPU Talk’ kelmarin, masih lagi boleh ditonton secara ulangan melalui media sosial PPU.

PPU juga berharap program seumpama itu dapat diteruskan pada masa hadapan dengan lebih ramai lagi capaian penonton serta mengupas lebih banyak lagi isu-isu berkaitan pentadbiran kepada warga UNIMAS dan masyarakat setempat.

 
Attachment(s):
 
 
Demo