Events Calendar

KOTA SAMARAHAN, 22 September 2019: Warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) amat bertuah kerana Universiti ini menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada hari ini.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku bersama rombongan telah melakukan kunjungan ke Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.
Sejurus selepas melakukan kunjungan ke FPSK UNIMAS, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku telah berangkat tiba ke ke Dataran Caselori seterusnya menyempurnakan majlis penanaman pokok ‘ Bucida Molineti’ dan menandatangani buku pelawat.
Dalam ucapan ringkas, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim memberitahu sesungguhnya keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku mencemar duli ke UNIMAS adalah sesuatu yang bermakna dan membawa erti yang besar kepada warga Universiti ini.
“ Kola mewakili seluruh warga UNIMAS ingin mengalu-alukan kehadiran Duli Yang Teramat Mulia Tuanku,” sambung beliau.
Duli Yang Teramat Mulia Tuanku telah bersantapan bersama-sama dengan tetamu-tetamu yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Strategik, Kementerian Pelajaran Malaysia, Dato’ Kamel Mohamad, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Haji Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Mufti Negeri Perlis, Profesor Madya Dato’ Ariff Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Naib Canselor UniMAP, Profesor Madya Dato’ Dr.R.Badlishah Ahmad, Residen Bahagian Samarahan, Tuan Haji Brahim Lumpu, Dif-dif kenamaan, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Masyarakat dan Kaum Daerah Samarahan serta barisan Pengurusan Tertinggi UNIMAS lain.