Events Calendar

Download as iCal file
Sangkar apungan ketam UNIMAS bantu jana pendapatan
Wednesday 31 March 2021, 11:00am - 05:00pm
Hits : 2270
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-04-06 at 10.37.50 AM.jpeg

Pic6Ketam2

IMG 20200915 WA0062WhatsApp Image 2021 04 06 at 10.37.51 AMPicture 1

Oleh: Unit Media UNIMAS Global

Kampung Pulau Salak di Santubong yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching, merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kaya dengan sumber alam semulajadi di laut dan juga daratan.

Menyedari potensi industri akuakultur yang terdapat di perkampungan berkenaan, telah mendorong penyelidik daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diketuai oleh Profesor Madya Dr Saiful Bahari Mohd Yusoff untuk memperkenalkan kaedah mudah dan murah bagi penggemukkan ternakan ketam yang dipanggil ‘Floating Crab Farming’ (FCF).

FCF adalah satu produk sepertimana sangkar yang dikenali sebagai sangkar apungan ketam, tagang ketam moden, rumah ketam atau keramba ketam yang mana produknya adalah bersifat mudah alih bersaiz 6 kaki panjang dan 4 kaki lebar tetapi mampu memuatkan 48 ekor ketam nipah/ bakau bersaiz C atau 24 ekor ketamber saiz A dan B.

Ketam yang digemukkan daripada gred C ke gred B memakan masa selama 6 hingga 7 minggu manakala gred B ke gred A memakan masa selama 10 hingga 16 minggu bergantung kepada faktor persekitaran semasa, ujarnya.

Antara jenis ketam untuk projek sangkar apungan ini seperti ketam kalok, ketam nipah, ketam bakau, atau nama saintifiknya adalah Scylla Olivacea, Scylla Tranquebarica dan Scylla Paramamosain.  

Menurut Dr. Saiful Bahari, produk ini tidak memerlukan kos perbelanjaan yang besar kerana ia bergantung kepada kaedah sokongan sistem air pasang surut semulajadi di mana, semasa air surut, ia dapat memerangkap ‘fitoplankton’ dan ‘zooplankton’ untuk memastikan ketam dapat kekal sejuk dan berlindung di dalam produk berkenaan.

Fitoplankton dan zooplankton ditakrifkan sebagai sebarang organisma hanyut yang hidup dalam  lautanlaut dan takungan air dan dianggap sebagai salah satu organisma terpenting, kerana menjadi bekalan makanan kepada hidupan akuatik.

Beliau menjelaskan, reka bentuk sangkar yang dibina juga unik kerana selain ianya senang dipasang dan dikawal selia, ia juga mempunyai poket-poket khas bagi membantu ketam-ketam bersembunyi semasa air surut.

“ Faktor biologi dan persekitaran semulajadi seperti kesesuaian kehidupan ketam di sekitar muara, sungai-sungai dan tahap kemasinan air pada bacaan 22-25 PPT serta keperluan kepada infra yang amat minimal (tebingan sungai yang landai) seperti di Kampung Pulau Salak telah membuatkan produk ini pratikal untuk dilaksanakan di kampung ini, kata Profesor Madya Dr Saiful yang juga merupakan Pengarah Institut Seni Kreatif dan Teknologi di UNIMAS atau iCreaTe.

Beliau menambah, projek ini boleh meningkatkan pelancongan di perkampungan berkenaan misalnya semasa proses ketam-ketam ini diberi makan di platform yang dikhususkan, pelancong boleh melihat ketam-ketam ini menunggu makanan, makan serta bermain-main di dalam produk FCF ini semasa air pasang.

 “Kita juga akan menyediakan restoran terapung di Pulau Salak yang mengkhaskan pelancong merasai pengalaman makan masakan penduduk kampung yang diternak dalam sangkar apungan. Sekarang ini, proses masih diperingkat membina perahu untuk tujuan projek berkenaan,” sambungnya.

“ ini bermaksud projek sangkar apungan ketam juga boleh membantu meningkatkan industri agro-pelancongan negeri sekaligus meningkatkan pendapatan penduduk yang terlibat,”

Katanya lagi, harga ketam gred C di pasaran ini sekitar RM25 satu kilo, gred B (RM45 satu kilo), gred A (RM55 satu kilo) manakala gred premium sekitar RM80 satu kilo dan permintaan akan meningkat terutama untuk stok bekalan untuk musim perayaan.

Profesor Madya Dr Saiful menjelaskan projek ini berhadapan kesukaran di peringkat awal pelaksanaannya seperti masalah mendapatkan kerjasama dari kumpulan penyelidik dalam pengumpulan data penduduk dan penglibatan penduduk yang masih sukar untuk menerima cadangan projek berkenaan.

Namun kini, beliau telah menarik nafas lega kerana masalah berkenaan telah berjaya diatasi dan hasilnya semakin ramai penduduk kampung Pulau Salak mula menyertai projek tersebut selain mendapat kerjasama dari agensi berkaitan seperti Regional Samarahan Development Agency (IRSDA) melalui pejabat Residen Kota Samarahan yang kini dalam proses mendapatkan produk FCF untuk disalurkan kepada komuniti-komuniti di Sebuyau, Sebangan, Simunjan, Saadong Jaya dan Asajaya.

Selain itu, Universiti Teknologi Mara @ UiTM Sarawak dan pihak Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga telah menghulurkan tangan untuk membantu mewujudkan eko-pelancongan di Pulau Salak.

“ Kita amat berharap agar suatu hari nanti, Sarawak boleh muncul sebagai pembekal utama bekalan ketam dan pengeluar utama ketam segar, ketam sejuk beku, ketam kulit lembut serta apa jua jua produk yang berasaskan ketam yang berkualiti terutama spesis Scylla Olivacea. Spesis ini rasanya manis berbanding dengan spesis-spesis lain dan banyak terdapat di Sarawak.

Dalam pada itu, antara anugerah yang pernah dimenangi menerusi projek sangkar apungan ketam ini seperti Anugerah ‘Special Award 2020 oleh The ASEAN-Korea Excellent Design Exhibition Award’ di Korea, Anugerah ‘Malaysia Good Design Award oleh Kerajaan Malaysia, Anugerah Pingat Emas di ‘International Conference and Expositionon Inventions by Institutions of Higher Learning’ @ PECIPTA 2019, Anugerah Tempat Pertama Kategori Usahawan Sosial ‘Tahun Pengkomersialan Malaysia 2018’ @ MCY 2018 dan Anugerah Pingat Emas Innovation Technology Expo @ INTEX 2018.

 
Attachment(s):
 
 
Demo