Events Calendar

Download as iCal file
Profesor Datu Mohd Fadzil di Borneo Leadership Talk Series
Tuesday 12 January 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 130
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Siri3.jpeg

Siri1Siri2
KOTA SAMARAHAN, 12 Januari 2021: Pendekatan paling mudah untuk mengekang penularan jangkitan Covid-19 di negara ini ialah dengan mendisplinkan diri serta mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan), Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, pelaksanaan beberapa aktiviti kehidupan yang berbeza dari sebelum ini telah menjadi norma baru kepada masyarakat dunia.

“ Apa yang menyebabkan kes-kes meningkat pada masa kini ialah disebabkan kedegilan kita (manusia) yang gagal mendisplinkan diri dengan norma baru sekarang. Jika kita tidak berdisplin, macamana kita hendak membantu mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 nanti” sambungnya lagi semasa memberi ceramah di ‘Borneo Leadership Talk Series’ bertajuk ‘ Menyelami Cabaran Norma Baru dan Tuntutan Perubahan Minda’.

Turut menghadiri majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Profesor Datu Mohd Fadzil turut menjadikan masyarakat di negara Jepun sebagai masyarakat paling berdisplin dengan sentiasa mengambil sikap waspada dalam penjarakan sosial dan mengamalkan kebersihan diri semasa situasi pandemik ini berlaku.

Selain itu, Profesor Datu Mohd Fadzil menekankan konsep bekerja dari rumah juga memerlukan   pemimpin dan kakitangan bawahan saling bekerjasama dan berkomunikasi dengan baik sepanjang masa.

Beliau tidak menafikan ada kalanya konsep kerja berkenaan agak mengelirukan namun kerana itu, bagi seorang pemimpin, mereka harus memberi tunjuk ajar dan penerangan yang jelas mengenainya.

“ Kita faham keadaan ini adalah baru dan kerana itu kita harus saling menyokong dan membantu antara satu sama lain. Sebenarnya dalam kesusahan begini, satu perkara yang mengajar kita ialah kerjasama dan bersabar,” kata beliau yang juga mantan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan ialah majlis penyampaian anugerah pertandingan Idea Inovasi Kreatif KIK UNIMAS 2020 yang telah diadakan pada bulan November 2020 dengan tema ‘ Menavigasi Produktiviti dalam Persekitaran Normal Baharu dengan Budaya Inovasi & Integriti”.

Tiga kategori pertandingan diadakan iaitu pertandingan poster kreatif KIK dan pertandingan pembentangan kajian kes yang dibuka kepada staf bukan akademik dan TRIZ UNIMAS untuk staf akademik dan bukan akademik.

Berikut senarai pemenang Idea Inovasi Kreatif KIK UNIMAS 2020 :

(A) Kategori PTj (Inovasi Pengurusan)

Emas     : CITDS (tajuk: Measuring Work from Home Performance)

Perak    : CITDS (tajuk: QR-Moves-QR Movement of Equipment System)

Gangsa : Pusat Khidmat Pelajar   ( Tajuk: Melangkau Kecemerlangan Akademik: Transkrip Kegiatan

                                                                       Suatu Nilai Tambah Bermakna.

(B) Kategori berkumpulan (Inovasi Perkhidmatan)

Emas     : CITDS (Tajuk: Mobile WiFi Lan).

Perak    : UNIK (Tajuk : Improvisasi Pengujian Psikometrik Untuk Saringan Calon Jawatan Lantikan

                                         Baharu Pegawai P&P UNIMAS).

Gangsa : ARENA ( Tajuk: Rapid Spreader)

(C) Kategori Kumpulan Pelaksana (Idea Kreatif)

Emas     : PRA U (Tajuk: Inovasi Mengurus Kemasukan Pelajar Baharu Pusat Pengajian Pra-

                                           Universiti Ketika Pandemik Covid 19).

Perak    : CITDS (Tajuk: PCC-Portable Console Cart).

Gangsa : ULC (Tajuk: Memo Trace & Track).

(D) Pembentangan Kajian Kes

Emas     : ULC (Tajuk: Sistem e-Profiling UNIMAS).

Perak    : CITDS (Tajuk: Application Development During 2020 Covid 19 Pandemic: A Case Study

                                         Of REKA)

Gangsa : Fakulti Alam Bina ( Tajuk : Inovasi Mendepani Proses Temuduga Norma Baharu Fakulti

                                                                Alam Bina).

Gangsa: ISITI ( Tajuk: Penggunaan TRELLO Sebagai Platform Pengurusan Pejabat Semasa  

                                     Mendepani Norma Baharu).

(E) TRIZ UNIMAS- Inovasi Penciptaan

Emas     : CITDS (Tajuk : TRIZ-Based Approach for Enhancing Password Security)

Perak    : ULC     (Tajuk : My BestieTool)

Gangsa : ARENA ( Tajuk: EZ Spreader)

(F) TRIZ UNIMAS- Inovasi Penambahbaikan

Emas     : CITDS (BidShop Virtual Marketplace)

Perak    : PKU ( Pusat Kesihatan UNIMAS Ambulance Respond Not Fast Enough).

 
Attachment(s):
 
 
Demo