Events Calendar

Download as iCal file
BAYU Melabuhkan Tirai 2020 Dengan Kejayaan
Monday 04 January 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1767
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
BAYU Melabuhkan Tirai 2020 dengan Kejayaan di Anugerah Seni MAKUM 2019.jpg

Anugerah Seni MAKUM merupakan Majlis Penganugerahan dwitahunan yang dianjurkan oleh Sekreteriat Majlis Kebudayaan Universiti – Univesiti Malaysia (MAKUM) bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan mahasiswa mahasiswi serta Universiti Awam yang cemerlang serta komited dalam membangunkan aktiviti kebudayaan dan kesenian.

Anugerah Seni MAKUM 2019 telah berlangsung secara maya pada petang semalam (30 Dis 2020) dan telah dirasmikan oleh YBhg Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).  Unit Kebudayaan dan Kesenian telah menghantar beberapa pencalonan dan telah berjaya meraih beberapa anugerah utama.

Saudara Joe anak Unus dari Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan menerima Anugerah Bonang MAKUM (Emas). Anugerah ini dianugerahkan kepada mahasiswa yang bergiat aktif serta menyerlah dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian di peringkat universiti, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Penerima juga diakui mempunyai daya kepimpinan yang terpuji sepanjang penglibatan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian anjuran MAKUM. Manakala saudari Zanalia Natasha binti Raduan pelajar dari Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan menerima Anugerah Bonang MAKUM (Perak) bagi kategori wanita.

Selain itu, Badan Budaya UNIMAS (BAYU) berjaya menerima Anugerah Gambang Mustika MAKUM (Perak). Anugerah ini diberikan kepada kumpulan, kelab atau persatuan yang mempunyai rekod pengurusan terbaik serta cemerlang dalam penganjuran dan penyertaan dalam aktiviti kebudayaan dan kesenian di peringkat universiti, negeri, kebangsaan, antarabangsa dan MAKUM.

 Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pula dianugerahkan Anugerah Gong Kencana MAKUM (Gangsa) kerana cemerlang serta aktif menyertai program-program yang dianjurkan oleh MAKUM.

Bagi kategori anugerah penghargaan pula Anugerah Gendang Sari MAKUM dianugerahkan kepada Encik Noor Azrul Mohd Ariff dan Encik Thomas Lamada. Anugerah ini merupakan anugerah kepada Pegawai Universiti Awam (Ahli MAKUM) yang gigih meningkatkan mutu kecemerlangan MAKUM melalui sumbangan aktif dalam penganjuran dan penyelarasan semua aktiviti MAKUM ke arah memartabatkan warisan budaya bangsa.

Sementara Anugerah Lambang Sari MAKUM pula merupakan anugerah penghargaan bagi Pegawai Universiti Awam yang sentiasa komited menyokong dalam memartabatkan kebudayaan dan kesenian MAKUM. Anugerah ini diberikan kepada Puan Suzana Tang Long, Puan Sabrina Sabri dan Cik Sity Assiah Sebiki.

PIALA BONANG MAKUM EMAS Joe Unus PIALA BONANG MAKUM PERAK Zanalia Natasha

PIALA GAMBANG MUSTIKA MAKUM PERAK  PIALA GENDANG SARI MAKUM

PIALA GONG KENCANA MAKUM GANGSA  PIALA LAMBANG SARI MAKUM

 
Attachment(s):
 
 
Demo