Events Calendar

Download as iCal file
YaPEIM serah sumbangan bantu pelajar UNIMAS
Thursday 22 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1172
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
YaPEIM1.JPG

20201022101023 TYCO8842

Kota Samarahan, 22 Oktober 2020: Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini menyumbang wang sebanyak RM10,800.00 kepada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk membantu meringankan beban para pelajar UNIMAS yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.

Majlis penyampaian bantuan berkenaan telah diserahkan oleh Pengurus Negeri Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sarawak, Encik Fadlie Zamuri kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Dr. Kamarudin Kana di bangunan Canselori UNIMAS, pagi tadi.

Turut menyaksikan penyerahan tersebut ialah Penolong Pendaftar Kanan Pusat Khidmat Pelajar UNIMAS, Encik Zahiruddin Md.Jais, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UNIMAS, Mohd Taufik Badruddin, Pegawai YaPEIM dan UNIMAS lain.

Menurut Profesor Dr.Kamarudin Kana, UNIMAS berbesar hati dengan bantuan yang diberikan oleh YaPEIM selain berharap agar kerjasama tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

Beliau menambah, bantuan akan digunakan sebaik mungkin antaranya untuk membeli barangan keperluan bagi pelajar yang masih berada di kampus selain membantu pelajar yang memerlukan bantuan bagi menjalani pengajian secara dalam talian iaitu dalam norma baru pada masa sekarang.

 
Attachment(s):
 
 
Demo