Events Calendar
Monday 19 August 2019
Hits : 2558
by
Pada 15 Ogos 2019, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SMK Wira Penrissen seramai 36 orang pelawat.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga memperolehi ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Puan Norliza Samsuri dan Cik Whilemena Upam ak Herman Ulok.
Laporan disediakan oleh Puan Munirah Binti Sa’adi.
Attachment(s):