Events Calendar
Thursday 18 July 2019
Hits : 1688
by
Pada 11 Julai 2019, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SMK Matang Jaya seramai 66 orang pelajar serta 7 orang guru pengiring.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga memperolehi ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Puan Herlina ak Patrick Kukut dan Puan Azimah Bt Hj Ahmad.
Laporan disediakan oleh Puan Munirah Binti Sa’adi.
Attachment(s):