Events Calendar
To Saturday 03 November 2018 - 05:00pm
![citrawarna.jpeg](/images/jevents/originals/orig_5bcfbbe563c607.48443860.jpeg)
Majlis Konvokesyen UNIMAS ke-22 akan diadakan di DeTAR PUTRA, UNIMAS selama 3 hari mulai 29 hingga 31 Oktober 2018. Festival Konvokesyen atau lebih dikenali sebagai ConFest yang diadakan pada setiap tahun sempena Majlis Konvokesyen UNIMAS, bertujuan untuk memeriahkan sambutan Majlis Konvokesyen. Sehubungan itu dilampirkan jadual program ConFest 2018 untuk makluman bersama warga UNIMAS.
Untuk makluman juga Perasmian Festival Konvokesyen @ ConFest 2018 akan diadakan pada 27 Oktober 2018 (Sabtu) bermula jam 7.30 malam bertempat di Pentas Utama UNIMAS. Semua warga UNIMAS adalah dijemput untuk sama-sama menyaksikan Malam Citrawarna dan memeriahkan lagi majlis perasmian tersebut.
Aktiviti-aktiviti ConFest2018 juga telah bermula sejak 19 Oktober sehingga 3 November 2018. Turut dilampirkan beberapa poster untuk rujukan bersama. Keterangan lanjut mengenai Confest2018 juga boleh dirujuk di laman rasmi Facebook UNIMASofficial atau UNIMAS Convocation Festival-Confest.