Events Calendar
Tuesday 28 August 2018
Hits : 2322
by
![Padawan (1).jpg](/images/jevents/originals/orig_5b84f79b8d58c1.61350901.jpeg)
Pada 10 Ogos 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SMK Padawan seramai 52 orang yang terdiri daripada 50 orang pelajar Tingkatan Empat dan Lima dan 2 orang guru pengiring.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Encik Mohd Iswandy Bin Ibrahim, Puan Herlina Ak Patrick Kukut dan Puan Munirah Binti Sa’adi.
Attachment(s):