Events Calendar
Friday 13 April 2018
Hits : 2466
by
Pada 12 April 2018, pihak Muzium Anatomi dan Patologi telah menerima rombongan pelawat daripada SMK Wira Penrissen seramai 129 orang yang terdiri daripada 121 orang pelajar Tingkatan Enam dan 8 orang guru pengiring.
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan awal dan menyemai minat kepada para pelajar terhadap bidang sains perubatan. Selain daripada itu, pelawat juga mendapat ilmu kesihatan dan info mengenai penyakit serta mendapat maklumat tentang penjagaan kesihatan.
Lawatan ini telah dikendalikan oleh Juruteknologi Makmal Perubatan iaitu Encik Mohd Iswandy Bin Ibrahim, Puan Herlina Ak Patrick Kukut dan Puan Munirah Binti Sa’adi.
Attachment(s):