Events Calendar
Kota Samarahan, 17 Oktober 2017 : Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.
TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman telah mendengar taklimat ringkas dari Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan mengadakan lawatan ke Muzium Anatomi di, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS.
Dalam lawatan kerja sama, TYT Tun Dato’ Seri Utama Haji Abdul Rahman telah melakukan majlis menanam anak pokok ‘ Bucida Variegata Red’ di tepi tasik UNIMAS.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan santapan tengahari di bilik Nilam, DeTAR PUTRA UNIMAS.
Lawatan kerja tersebut turut disertai oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Datu Dr Hatta Solhi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-dekan UNIMAS, Pengarah-pengarah UNIMAS, Pegawai-pegawai UNIMAS dan agensi-agensi kerajaan lain.