Events Calendar

23 September 2017 (Sabtu) - Pasukan Kayak UNIMAS telah mengungguli acara Kayak 40km sempena Safari Rakit Padawan 2017 pada 23 September 2017 (Sabtu) untuk tahun ke-11 berturut-turut sejak acara kayak dipertandingkan pada tahun 2007. Sebanyak 13 pasukan telah menyertai acara ini yang bermula dari Kampung Annah Rais dan tamat di Kampung Git, Daerah Padawan . Pasukan Kayak UNIMAS telah menghantar 3 pasukan terdiri daripada 1 pasukan staf dan 2 pasukan pelajar (atlet kayak UNIMAS). Berikut adalah keputusan acara kayak 40km Safari Rakit Padawan 2017 :
Johan : Pasukan Eco Adventure Team (UNIMAS) -Hardy bin Suntol (Pusat Sukan) & Mahadir Hassan (Pejabat Pembangunan) catatan masa 3 jam 57 minit
Naib Johan :Pasukan UNIMAS Junior (A) - Patrick Ann Bilong (FSGK) & S. Jasrey Max Suil (FSTS) Catatan masa 4 jam 8 minit
Tempat Ke-3 : Pasukan UNIMAS Junior (B) - Giri anak Jamar (FK) & Ahmad Nazri B Zainal Mohktar (FSS) catatan masa 4jam 21 minit
Johan telah menerima hadiah wang tunai RM1000, Piala, Pingat & Sijil Penyertaan, Naib Johan menerima wang tunai RM700, Piala, Pingat & Sijil Penyertaan manakala Tempat Ke-3 menerima wang tunai RM500, Piala, pingat dan Sijil Penyertaan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Kayak UNIMAS yang telah mengharumkan nama universiti.