Events Calendar
![FSS2016Konvo.jpg](/images/jevents/originals/orig_582ec0403fb2b0.73320808.jpeg)
Tahniah kepada para graduan Fakulti Sains Sosial atas penganugerahan ijazah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UNIMAS 2016 - Sidang Ke-3 yang telah berlangsung pada 16 November 2016 (Rabu) dan disempurnakan oleh YBhg Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Anak Numpang, Pro Canselor UNIMAS. Seramai 621 orang graduan Fakulti Sains Sosial daripada 7 program pengajian iaitu Program Kajian Komunikasi (107 orang), Kajian Hubungan Industri & Perburuhan (95 orang), Program Antropologi & Sosiologi (78 orang), Program Kajian Antarabangsa (89 orang), Program Kajian Politik & Pemerintahan (74 orang), Program Perancangan & Pengurusan Pembangunan (98 orang) dan Program Kajian Khidmat Sosial (80 orang) telah diraikan dalam majlis gemilang tersebut. Senarai penerima ijazah telah diperkenalkan oleh YBhg Prof Madya Dr Neilson Ilan Mersat selaku Dekan Fakulti Sains Sosial.