Events Calendar

Download as iCal file
Warga UNIMAS sungkai bersama di Dataran Universiti
Tuesday 19 April 2022, 10:00am - 05:00pm
Hits : 1621
 
by
52013468654_177fcf956d_o.jpg

 

 

sungkei1.jpgsungkei2.jpg

sungkwi3ungkai5.jpg

 

KOTA SAMARAHAN, 19 April 2022: Lebih satu ratus orang warga UNIMAS terdiri dari para pelajar dan kakitangan UNIMAS telah berbuka puasa atau ‘bersungkai’ beramai-ramai di Dataran Canselori UNIMAS, petang kelmarin.

Kali terakhir berbuka puasa beramai-ramai tersebut atau dipanggil ‘Program Juh Sungkey’ disambut iaitu pada tahun 2019 iaitu sebelum seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang menyekatkan pergerakan orang ramai terutama dalam aktiviti sosial dan riadah.

Hadir sama untuk memeriahkan ‘Program Juh Sungkey’ ialah Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie dan Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Ahli-ahli LPU, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Dekan-Dekan, Pengarah-Pengarah.

Mereka yang hadir turut diraikan dengan aktiviti interaktif bersama ERA FM dan berpeluang mendapat hadiah menarik, persembahan nasyid oleh artis budaya UNIMAS, manakala warga muslim telah menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah.

Objektif utama ‘ Program Juh Sungkei’ diadakan adalah untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan kekitaan dalam kalangan warga UNIMAS serta masyarakat setempat sekaligus membuka peluang untuk warga UNIMAS berbuka puasa bersama-sama pada bulan Ramadan ini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo