Events Calendar

Download as iCal file
Program Borneo Leadership Talk Series “Kepimpinan Strategik UNIMAS ke Arah Kelestarian Kecemerlangan” oleh Naib Canselor UNIMAS || 9 Julai 2020 (Khamis) || 9.00 pagi || Aplikasi Cisco Webex
Wednesday 01 July 2020
Hits : 2175
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
BLTS 1-  Datuk Kadim.jpg

BoLTS1

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Kepimpinan UNIMAS dengan segala hormatnya menjemput warga UNIMAS ke Program Borneo Leadership Talk Series yang bertajuk Kepimpinan Strategik UNIMAS ke Arah Kelestarian Kecemerlangan oleh YBhg Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Naib Canselor UNIMAS seperti ketetapan berikut:

Tarikh             : 9 Julai 2020 (Khamis)

Masa               : 9.00 pagi

Aplikasi          : Cisco Webex (online)

Untuk makluman bersama, Borneo Leadership Talk Series (BoLTS) adalah antara inisiatif yang diwujudkan  oleh universiti melalui Pusat Kepimpinan UNIMAS untuk memantapkan kompentensi kepimpinan staf terutamanya warga pentadbir universiti dan yang mempunyai portfolio pentadbiran. BoLTS buat julung kalinya mengetengahkan Naib Canselor UNIMAS dengan topik “Kepimpinan Strategik UNIMAS ke Arah Kelestarian Kecemerlangan”. Program ini adalah di bawah latihan kompetensi kepimpinan Generik (General Leadership).

Mohon untuk mengesahkan kehadiran / mendaftar dengan mengimbas QR Code pada poster yang disediakan atau melalui pautan https://unimas.webex.com/unimas/onstage/g.php?MTID=e4ee61ada4d673641b5a1eb7f8b870cfb dengan memasukkan event ID: 165 625 3093 dan passwordborneo2020.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan pendaftaran program boleh menghubungi Ts. Alhadi Bujang (Penolong Pengarah Kanan, Pusat Pembangunan dan Khidmat Teknologi Maklumat UNIMAS) di emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk keterangan lanjut.

Sekian, terima kasih.

 
Attachment(s):
 
 
Demo