BEGIN:VCALENDAR VERSION:2.0 PRODID:-//jEvents 2.0 for Joomla//EN CALSCALE:GREGORIAN METHOD:PUBLISH BEGIN:VTIMEZONE TZID:Asia/Kuching BEGIN:STANDARD DTSTART:20200315T080000 RDATE:20380119T111407 TZOFFSETFROM:+0800 TZOFFSETTO:+0800 TZNAME:Asia/Kuching +08 END:STANDARD END:VTIMEZONE BEGIN:VEVENT UID:23ff96783955b170c5e1466f5d8b6362 CATEGORIES:Stories CREATED:20210316T154100 SUMMARY:Ceramah Bersempena Isra’ Mikraj 2021 / 1442H DESCRIPTION:
Feng Kasih adalah satu program anjuran Feng Club yang diadakan untuk mengeratkan kasih silaturrahim di kalangan staf Fakulti Kejuruteraan, UNIMAS.
Feng Kasih mengetengahkan tema “Menyemarakkan Cinta Feng Kas ih Melalui Tauladan Islam” di mana pelbagai aktiviti akan dianjurkan bagi m enyemarakkan cinta Feng Kasih ini.
Aktiviti pertama Feng Kasih adalah ceramah bersempena Isra’ Mikraj 2021 / 1442H dengan tajuk Ibrah Isra’ Mikraj: Satu Perjalanan Penyucian Hati Menuju Ilahi. Tajuk ini dipilih untuk menjelaskan ibrah di sebalik peristiwa isra’ mikraj Rasullullah SAW. Suatu peristiwa agung yang perlu diambil iktibar bagi mendidik hati untuk menjadi insan yang lebih baik melalui tauladan utama agung Islam, Baginda R asullullah SAW di samping menjelajahi isi utama dari peristiwa isra’ mikraj ini.
Ceramah ini diadakan pada:
Tarikh: 11 Mac 2021 be rsamaan 27 Rejab 1442H
Masa: 1030am – 1200pm
Platform: Atas Talian (Webex)
Ceramah dimula kan dengan bacaan doa oleh Dr Mohd Faizrizwan bin Mohd Sabri yang merupakan staf akademik Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (JKEE), Fakulti Kejuruteraan. Seterusnya sesi ceramah dimulakan dan disampaikan oleh Ustaz Mohammad Wan Mujahid bin Wan Alwi yang merupakan Penolong Pegawai Hal Ehwa l Islam di Pusat Islam Tun Abang Salahudin, UNIMAS.
Seramai 120 orang staf UNIMAS yang hadir ke sesi ceramah ini. Sesi ceramah berakhir pada jam 1200 tengahari dan ianya diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohammad Wa n Mujahid bin Wan Alwi. Alhamdulillah, sesi ceramah Feng Kasih bersempena I sra’ Mikraj ini dilaksanakan dengan jayanya.
DTSTAMP:20240329T123344Z DTSTART;TZID=Asia/Kuching:20210316T080000 DTEND;TZID=Asia/Kuching:20210316T170000 SEQUENCE:0 TRANSP:OPAQUE END:VEVENT END:VCALENDAR