BEGIN:VCALENDAR VERSION:2.0 PRODID:-//jEvents 2.0 for Joomla//EN CALSCALE:GREGORIAN METHOD:PUBLISH BEGIN:VTIMEZONE TZID:Asia/Kuching END:VTIMEZONE BEGIN:VEVENT UID:808c66b05df0b619f4ac8e802c32befb CATEGORIES:Stories CREATED:20221020T092353 SUMMARY:Bengkel Pemprosesan Sisa Daun Nanas Kepada Kertas Dan Tekstil DESCRIPTION:
Menjana Pendapatan Lumayan dari Hasil Sisa Daun Nanas p>
Pada 19 & 20 Oktober 2022 telah berla ngsung “Bengkel Pemprosesan Sisa Daun Nanas kepada Kertas dan Tekstil” bert empat di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UNIMAS dibawah Dana Lestari kelolaan Pusat Kelestarian Universiti UNIMAS. Seramai 25 peserta t erdiri dari pada pelajar, pensyarah dan wakil komuniti telah hadir ke bengk el tersebut. Di dalam bengkel ini, para peserta telah diajar secara teori d an praktikal pembuatan kertas dan tekstil dari sisa daun nanas. Penceramah telah didatangkan khas dari pemain industri berpengalaman dari Johor bagi m enyampaikan ilmu berkaitan bengkel.
Sara wak merupakan antara negeri terbesar yang menghasilkan nanas dari segi peng eluaran dan keluasan kawasan tanaman. Namun, industri nanas merupakan indus tri yang banyak mengeluarkan sisa sama ada selepas penuaian ataupun pempros esan. Sisa selepas penuaian nanas termasuk daun, jambul, tangkai, batang, d an sulur tanah. Pada kebiasaannya sisa-sisa ini mengambil masa yang agak pa njang untuk reput dan diserapkan semula untuk penanaman seterusnya. Sekiran ya sisa-sisa ini dibiarkan sahaja pada kawasan penanaman, ia akan menarik m ahluk perosak yang memudaratkan kesihatan di samping meningkatkan kemungkin an datangnya pelbagai penyakit-penyakit berbahaya. Pada kebiasaanya peladan g nanas di Sarawak akan mengambil jalan mudah dan membakar sisa ini. Malang nya, perbuatan ini menyumbang kepada pencemaran udara dan pemanasan global.
Kajian telah menunjukkan bahawa bahan s isa daun nanas adalah kaya dengan serat yang boleh diproses seterusnya untu k dijadikan kertas dan benang yang seterusnya boleh ditenun menjadi tekstil . Memandangkan terdapat kelestarian dalam proses penghasilan serat dari sis a daun nanas, bengkel ini dianjurkan bertujuan untuk melatih peserta untuk mengekstrak serat dari sisa daun nanas dan seterusnya menghasilkan produk-p roduk hiliran yang berpotensi menjana pendapatan lumayan. Mengikut harga pa saran semasa, harga sekeping kertas bersaiz A3 dari sisa daun nanas boleh d ijual sehingga RM30 sekeping.
Selain ben gkel penghasilan kertas dan tekstil, inisiatif tambahan juga telah dilakuka n bagi mendigitalkan proses penghasilan kertas dan tekstil ini. Ia juga tel ah dihasilkan dalam bentuk video dokumentari yang akan menjadi rujukan kepa da pengusaha produk unik ini pada masa akan datang.
Diharapkan usaha dari penganjuran bengkel ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan inovatif dari warga universiti dan komuniti yang bukan mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi juga mewujudkan kesedaran menj aga alam sekitar dan kelestarian dalam pertanian. Selain itu, diharapkan ju ga ia boleh membantu lebih ramai petani nanas di negeri Sarawak menjana pen dapatan tambahan dari penjualan sisa daun nanas.
Disediakan oleh: Ts. Hj. Ahmad Hadinata Fauzi, Ketua Penyelidik
DTSTAMP:20240329T231153Z DTSTART;TZID=Asia/Kuching:20221020T080000 DTEND;TZID=Asia/Kuching:20221020T170000 SEQUENCE:0 TRANSP:OPAQUE END:VEVENT END:VCALENDAR