Events Calendar

Download as iCal file
Sukarelawan UNIMAS dipuji
Friday 23 July 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1030
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-07-23 at 08.27.53.jpeg

“Teguh Bersama Universiti..”  Pengerusi Jawatankuasa Covid-19 UNIMAS, Profesor Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman meluahkan rasa penghargaan dan bangga dengan semangat dan kerjasama yang ditonjolkan oleh lebih kurang 600 sukarelawan UNIMAS yang terdiri dari warga Universiti ini dalam membantu memastikan kelancaran proses PPV IPT UNIMAS sejak 14 Jun lepas.

Beliau menyifatkan ‘Teguh Bersama’ yang selama ini menjadi salah satu slogan Universiti ini telah terbukti dengan semangat kesukarelawan tinggi dalam kalangan warga UNIMAS yang ditonjolkan sepanjang operasi PPV IPT UNIMAS dijalankan.

“Ia mencerminkan kemuafakatan yang begitu baik dalam kalangan warga UNIMAS sendiri kerana tanpa mereka, proses di PPV IPT UNIMAS ini akan sukar untuk berjalan dengan lancar jika hanya bersandarkan dan berharapkan pakar perubatan sahaja,” katanya yang juga Penolong Naib Canselor (Kepimpinan dan Pembangunan) UNIMAS.

Menurut Profesor Datu Mohd Fadzil juga, sukarelawan bertugas mengikut penggiliran dan membantu dalam urusan berkaitan pentadbiran seperti urusan pendaftaran, membantu warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain.

WhatsApp Image 2021 07 23 at 08.27.52

Syabas dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sukarelawan PPV IPT UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo