Events Calendar

Download as iCal file
Uniknya UNIMAS: Inisiatif Raya UNIMAS 2021 hiburkan anak-anak perantau
Sunday 16 May 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1468
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-05-16 at 19.19.20 (11).jpeg

Ya, mereka bersadu. Benar, WhatsApp dan Facetime tidak mampu mengubat rindu.

Namun,

“Raya tetap raya”

Keriangan terpancar di wajah anak-anak perantau UNIMAS. Meski berjauhan dari keluarga dan kampung halaman di Syawal ini, semangat pelajar-pelajar UNIMAS yang masih tinggal di dalam kolej kediaman telah menyemarakkan rasa Aidilfitri di dalam kampus.

“Kami bersyukur kerana dibenarkan untuk beraya di kolej. Kami harap Datuk NC suka sate yang kami sediakan,” kata dua pelajar yang ditugaskan memanggang sate di Kolej Rafflesia. Seorang pelajar kejururawatan sedang merasai kuah kacang yang siap. “Sedap,” ulas beliau disambut hilai tawa rakan-rakan di sekeliling.

Di Kolej Kasturi, laungan takbir raya syahdu berkumandang oleh suara 18 orang pelajar-pelajar perubatan UNIMAS. Lemang tersusun di atas bara di Kolej Allamanda. Bila kami bertanya jumlah menu raya yang dimasak, jawapan diberi dengan ceria, “SEMBILAN!”. Di Bunga Raya, sup tulang sedang menggelegak di atas para. “Memang sedih tak balik tapi kawan-kawan menceriakan saya,” ujar seorang pelajar senibina. Di Kolej Cempaka, kelihatan anak-anak perantauan berkomunikasi dengan ahli keluarga yang jauh menerusi panggilan dalam talian.

Suasana pada malam menjelang Syawal di UNIMAS meriah persis rewang raya di rumah nenek walaupun dengan SOP yang ketat. Anak-anak perantauan kita gembira kerana hasrat mereka menyambut Aidilfitri bersama disokong penuh oleh Universiti.

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20

“Sedapkan, Datuk NC?”

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 1

Rindu kuah kacang Ummi, tapi resipi kuah kacang Pengurus Rafflesia tak kurang hebatnya.

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 2

“Camtok motong ketupat...baruk kacak. Siney kuah kacang tadi, mok cerik lok.”

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 3

Lemang is serious business. Quality Control & Quality Assurance lemang kami padu.

Bermula dengan aktiviti tradisi bertuntong di gerbang Pintu Masuk Utama UNIMAS yang diuruskan oleh anggota-anggota barisan hadapan UNIMAS, api-api pelita juga turut menerangi pekarangan kolej-kolej kediaman. Tidak cukup dengan pelita tradisional, ada juga kolej kediaman, seperti Kolej Sakura, menggunakan pelita solar di halaman kolej.

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 4

“Slow... jaga angin... terpadam ya kelak...”

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 5

Meriahkan kolej kami?. Selesai takbir Raya, Prof.KK, TNC HEPA turut bertuntong bersama.

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 6

“Kami simpan tenaga solar khas untuk light-up malam Raya!”
Sakura berbangga dengan bertuntong ala moden menggunakan pelita solar.

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 7

ESOK RAYA GAIS!!!
Jujurnya, sedikit ralat bermain bunga api dengan penjarakkan fizikal, tapi yang penting boleh enjoi.

 

Pengerusi Jawatankuasa Pengetua-pengetua Kolej, Profesor Madya Dr. Sopian Bujang, menjelaskan Universiti telah menyalurkan bantuan kewangan kepada kolej-kolej supaya pelajar-pelajar boleh menghiburkan diri mereka dengan persiapan raya. Ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Raya UNIMAS 2021 bagi pelajar-pelajar yang meraikan Syawal di kampus UNIMAS.

Di pagi raya, usai solat sunat di Pusat Islam Tun Salahuddin (PITAS) dan di kolej masing-masing, segak bersamping dan cantik berbaju raya, anak-anak perantauan UNIMAS sibuk mengagihkan set-set jamuan raya yang telah diserahkan oleh Universiti. Upacara simbolik penyerahan jamuan raya ini telah dilangsungkan di PITAS. Turut meluangkan masa bersama ialah Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, serta pengurusan tertinggi Universiti yang lain.

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 8

Alhamdulillah, selamat sampai.

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 9

Kemenangan Syawal juga dikongsikan bersama rakan-rakan bukan Islam.

 

WhatsApp Image 2021 05 16 at 19.19.20 10

Antara wakil-wakil pelajar yang menerima juadah raya daripada Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi di PITAS selepas solat sunat Aidil Fitri.

Sebelum ini, sepanjang Ramadhan, pihak fakulti juga tidak ketinggalan dalam usaha untuk menceriakan para pelajar masing-masing. Set-set sungkey daripada fakulti-fakulti sedikit sebanyak mengukir senyuman  pelajar-pelajar dalam kampus. Ternyata bubur lambuk dan nasi abe merupakan menu yang popular. Pelajar-pelajar antarabangsa pula gemarkan biskut raya yang diserahkan oleh UNIMAS Global. Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat menggembirakan pelajar-pelajarnya dengan angpau Raya.

“Kami berharap inisiatif sederhana ini akan mengubat kerinduan pelajar kepada kampung halaman,” kata Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

 
Attachment(s):
 
 
Demo