Events Calendar

Download as iCal file
Solat Sunat Aidilfitri UNIMAS diadakan mengikut pematuhan SOP yang ketat
Thursday 13 May 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 888
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-05-13 at 18.56.25.jpeg

Seperti tahun lepas, Syawal tahun ini disambut dalam suasana berbeza ekoran penularan wabak COVID-19 yang masih aktif dalam masyarakat kita.

Aidilfitri kebiasaannya disambut meriah bagi meraikan kemenangan umat Islam berpuasa, tapi kali ini diraikan penuh kesederhanaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

WhatsApp Image 2021 05 13 at 18.56.26

Solat sunat Aidilfitri yang diadakan di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS hari ini telah diimamkan oleh Pengarah PITAS, Profesor Madya Dr Abd Halim bin Busari. Solat sunat tersebut yang turut disertai oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Pendaftar, Pengetua Kolej, para staf, dan pelajar memperlihatkan pematuhan SOP yang ketat oleh semua jemaah sebagai langkah membendung penularan jangkitan COVID-19.

Usai solat, juadah hari raya berbentuk "packed food" disampaikan kepada wakil-wakil kolej kediaman dan para pelajar. Uniknya juadah hari raya kali ini adalah semuanya merupakan hasil masakan para pelajar sendiri.

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di PITAS, UNIMAS adalah antara Inisiatif Raya UNIMAS 2021 yang dilaksanakan bagi menghargai pelajar-pelajar yang berhari raya di kampus.

 
Attachment(s):
 
 
Demo