Events Calendar

Download as iCal file
Nur Farahain dan Nur Farahin - anak-anak perantau UNIMAS
Wednesday 12 May 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2006
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
WhatsApp Image 2021-05-10 at 21.11.42.jpeg

“Kasih di perantauan…” dua sahabat juga penuntut dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan tahun empat, Nur Farahain Kamar dari Kota Kinabalu Sabah dan Nur Farahin Azmie dari Mersing, Johor, menyimpan biskut dan kerepek kiriman keluarga tersayang untuk disajikan pada hari lembaran kelak.

Mereka merupakan antara pelajar UNIMAS yang masih tinggal di dalam kolej kediaman UNIMAS dan tidak kembali ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan hari raya tahun ini. Dengan baki pengajian setahun lebih lagi, kedua-dua sahabat ini yakin keputusan untuk tidak beraya dengan keluarga, adalah langkah terbaik buat mereka lebih-lebih lagi dengan keadaan negara yang dilanda pandemik Covid-19 ketika ini. Bagaimanapun, Nur Farahain dan Nur Farahin yang pertama kali beraya di perantauan, pastinya akan merasa sebak mengenangkan keluarga masing-masing, namun perasaan itu dipinggirkan apabila mengenang cita-cita yang harus menjadi keutamaan demi masa depan mereka di kemudian hari kelak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo