Events Calendar

Download as iCal file
Program Iftar Ramadan FPSK
Tuesday 11 May 2021
Hits : 1095
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Picture2.jpg

Ahad, 9 Mei 2021 - Seramai 403 orang pelajar Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan telah menerima sumbangan Iftar Ramadan dari warga Fakulti. Program Iftar Ramadan ini anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan bersama dengan KEPUMAS (Kelab Perubatan UNIMAS) telah diadakan pada 9 Mei 2021 melibatkan semua pelajar Fakulti yang menetap di Kolej Rafflesia, Bunga Raya, Dahlia dan Kasturi.

Agihan kepada pelajar telah diketuai oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof Asri bin Said dan dibantu oleh Timbalan Dekan Fakulti serta ahli jawatankuasa KEPUMAS.

Hasrat warga Fakulti menganjurkan program ini adalah untuk menyantuni pelajar-pelajar Fakulti yang kekal berada di kampus dan tidak dapat balik berpuasa dan beraya di kampung halaman.  Warga Fakulti amat menghargai pengorbanan pelajar demi menjaga keselamatan dan kesihatan pelajar dan ahli keluarga.

Paparan video ringkas majlis tersebut boleh dilihat di sini.

 

Picture1

 

Picture3

 

Picture4

 
Attachment(s):
 
 
Demo