Events Calendar

Download as iCal file
Program Ikhlas Ramadan FPSK bersama Pusat Jagaan Anak Yatim Nur Murni
Tuesday 11 May 2021
Hits : 1557
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Picture3.jpg

Sabtu, 8 Mei 2021 - Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) telah mengadakan majlis ringkas Ikhlas Ramadan di Pusat Jagaan Nur Murni pada 8 Mei 2021. Majlis ini adalah bertujuan untuk menyampaikan sumbangan dermawan daripada kalangan staf FPSK dan rakan-rakan dalam bentuk pakaian, keperluan harian dan duit raya bagi membantu menceriakan dan memeriahkan sambutan hari raya anak-anak yatim di pusat jagaan tersebut. 

Penyerahan telah dilakukan oleh Dekan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Prof Asri bin Said kepada Pengetua Pusat Jagaan Nur Murni, Puan Noraini binti Bakeri. Rombongan dari FPSK telah disajikan dengan persembahan khas dari anak-anak pusat jagaan yang menyentuh perasaan dan menunjukkan kegembiraan mereka dengan sumbangan yang diterima.

Di dalam ucapan ringkasnya, Prof Asri menyatakan ahli-ahli Fakulti dan rakan-rakan, ingin berkongsi rezeki dengan anak-anak Pusat Jagaan dan amat prihatin dengan keperluan mereka. Beliau juga mendoakan semoga yang menyumbang dan anak-anak pusat tersebut dilindungi Allah swt dari wabak penyakit dan dipermudahkan segala urusan serta semoga Pusat Jagaan tersebut sentiasa dimurahkan rezeki.

Paparan video ringkas majlis tersebut boleh dilihat di sini.

 

Picture2

 

Picture1

 
Attachment(s):
 
 
Demo