Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS benarkan pelajar tahun akhir jalani pengajian secara bersemuka
Friday 05 March 2021, 10:00am - 05:00pm
Hits : 862
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
NC lawat1.jpg

NClawat2NClawat3

KOTA SAMARAHAN, 4 Mac 2021: Kira-kira 1000 orang pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan kembali ke kampus bagi menjalankan pengajian secara bersemuka pada Semester 2 2020/2021.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi memberitahu 650 pelajar adalah dari Sarawak manakala 350 pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

“Kita akur dengan keperluan badan-badan profesional seperti bidang perubatan dan kejuruteraan yang memerlukan mereka melakukan pengajian secara bersemuka,” sambung beliau.

Oleh demikian, menurut Naib Canselor, dua kolej UNIMAS telah disediakan untuk pelajar-pelajar tahun akhir tersebut iaitu Kolej Cempaka sebagai pusat pengawasan bagi pelajar dari Sarawak manakala Kolej Rafflesia sebagai pusat kuarantin bagi pelajar dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan.

Selain itu, mereka juga akan menjalani kuarantin selama 14 hari termasuk menjalani ujian pengesan COVID-19 seperti ujian calitan dalam tempoh berkenaan.

“Pelajar-pelajar ini datang secara berperingkat-peringkat. Mereka hanya dibenarkan memulakan kuliah selepas 14 hari kuarantin dan pengawasan,” katanya.

Beliau turut berharap pelajar-pelajar berkenaan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti mengamalkan penjarakkan fizikal, sentiasa membasuh tangan dan sebagainya.

Antara fakulti yang memerlukan pengajian secara bersemuka bagi pelajar tahun akhir seperti Fakulti Alam Bina, Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan dan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia.

Sebelum ini, kata Naib Canselor, terdapat kira-kira 1600 pelajar UNIMAS telah berada dalam kampus sejak krisis pandemik tersebut bermula tahun lepas manakala 14,000 pelajar UNIMAS lagi masih mengikuti pengajian atas talian.

“Namun begitu, pelajar yang menghadapi masalah capaian internet, kita akan membenarkan mereka masuk ke kampus mengikut peraturan yang ditetapkan,” katanya sambil menambah UNIMAS percaya, pembelajaran secara atas talian tidak akan menghadapi masalah kerana telah berjaya dilakukan sejak dua semester lepas.

Naib Canselor juga meluahkan rasa penghargaan kepada semua warga UNIMAS, agensi luar lain seperti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC), Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang membantu dalam memastikan kelancaran pelajar-pelajar tahun akhir ini kembali ke kampus mereka.

 
Attachment(s):
 
 
Demo