Events Calendar

Download as iCal file
Program global SIAD bendung kemudaratan kendiri
Tuesday 02 March 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 891
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
23594ba1-a10c-4259-a211-03fa75b3a1ee.jpg

15002336 4e71 4a03 b3cb cb48e39bb10f

Kota Samarahan, 2 Mac 2021: Buat kali ketiga berturut-turut, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) UNIMAS dan Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA International) telah menganjurkan program ‘The World Self-Injury Awareness Day’ (SIAD).

Program tersebut yang bertemakan ‘Roundatable discussion on self-harm/self-injury’ itu telah disertai oleh lebih 200 peserta menerusi Zoom atau boleh layari Facebook PERKAMA International bermula dari jam 8.30 malam hingga 10.00 malam tadi.

Tiga panel pembicara telah membincangkan mengenai advokasi kesihatan mental masyarakat iaitu terdiri daripada Profesor Dr Mansor Abu Talib (Timbalan Presiden PERKAMA International), Dr Amalia Madihie (UNIMAS) dan Dr Haniza Rais (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

Ia juga disertai oleh sepuluh orang profesional daripada pelbagai bidang seperti psikologi klinikal, undang-udang, kepolisan, perubatan dan sebagainya.

Menurut Dr Amalia, SIAD adalah satu kempen global bagi menyediakan satu platform kepada individu yang memudarat mereka sendiri untuk bersikap lebih terbuka, menyediakan ruang dan peluang untuk berkongsi sumber sokongan seperti perkhidmatan kaunseling.

Beliau berkata, kempen SIAD diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada orang ramai akan kemudaratan kendiri (self-harm atau self-injury) bertujuan untuk mengurangkan stigma atau stereotaip akan individu yang memilih untuk tingkah laku berkenaan.

“Terdapat pandangan serong ke atas individu yang memudaratkan diri mereka sendiri. Mereka melakukan tingkah laku ini seperti gaya daya tindak (coping) ke atas kesukaran dalam kehidupan dan dipercaya d boleh memberi kelegaan atau mewujudkan perasaan mengawal dengan cara tidak sihat secara psikologi kepada pelaku

“Maka, amat penting bagi kita kepada mereka ini bahawa ada bantuan psikoemosi melalui psikopendidikan yang mereka boleh perolehi daripada profesional seperti kaunselor.” katanya.

Dalam pada itu, program kesedaran ini juga mempunyai simbolik tersendiri dengan pemakaian warna jingga (orange) atau Butterfly Project yang menandakan sokongan dan menggalakkan kesedaran ke atas tingkah laku kemudaratan kendiri pada 1 mac setiap tahun.

 
Attachment(s):
 
 
Demo