Events Calendar

Download as iCal file
Tambah nilai pokok ditebang harus jadi agenda utama industri kayu: KM
Tuesday 26 January 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 866
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
d8471888-ef30-4be7-8cc0-2472e5a92bdd.jpg

KUCHING, 23 Januari 2021: Usaha untuk menambah nilai kepada setiap pokok yang ditebang di hutan Sarawak hendaklah menjadi antara agenda utama industri perusahaan kayu di negeri ini, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata pendekatan ini amat sesuai dengan kehendak masyarakat antarabangsa ke arah pembangunan hutan lestari.

Abang Johari berkata demikian dalam ucapan balas sempena majlis memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Institut Tekonolgi Bandung (ITB) di pejabatnya di sini, semalam.

Majlis tersebut menyaksikan interaksi secara fizikal dan maya antara pihak UNIMAS dan ITB.

MoU berkenaan merupakan langkah ke arah kaedah lebih sistematik antara kedua-dua universiti untuk mempertingkatkan kolaboratif dalam bidang akademik dan reka bentuk perabot melibatkan anak-anak muda Sarawak pada masa akan datang.

Pada ketika ini, Perbadanan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) dan ITB sudah mempunyai gagasan kerjasama di mana puluhan anak muda Sarawak telah dan sedang mendapat latihan mereka bentuk perabot di kampus ITB.

Abang Johari berkata, usaha ke arah menambah nilai kepada hasil kayu kayan negeri ini dalam bidang perusahaan perabot amat memerlukan latihan yang sistematik seperti yang disediakan oleh ITB melalui Fakultas Seni Rupa dan Desainnya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ITB yang sedia menjalinkan kerjasama dengan Sarawak melalui PUSAKA dan UNIMAS.

Menghurai lanjut mengenai usaha ke arah kolaboratif antara Indonesia dan Sarawak, beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang asing kerana sekarang Sarawak sudahpun mempunyai kerangka kerjasama untuk membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat.

Beliau menyokong cadangan supaya kerjasama antara ITB dan UNIMAS dikembangkan ke bidang-bidang lain selain penyediaan latihan reka bentuk oleh ITB.

Turut berucap, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Rektor ITB, Ibu Profesor Reini D. Wirahadikusumah dan Konsul Jenderal Republik Indonesia di Sarawak Yonny Tri Prayitno.

                          

Sumber : Utusan Borneo

 
Attachment(s):
 
 
Demo