Events Calendar

Download as iCal file
Pusat Sukan UNIMAS kini dikenali sebagai Arena Tun Tuanku Haji Bujang
From Friday 16 October 2020 -  03:00pm
To Monday 19 October 2020 - 05:00pm
Hits : 2993
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
UNIMAS1.jpg

 

UNIMAS2UNIMAS3

KOTA SAMARAHAN, 16 OKTOBER 2020 – Pusat Sukan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) kini dijenamakan semula sebagai Arena Tun Tuanku Haji Bujang. Menurut Naib Canselor UNIMAS, YBhg. Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, penjenamaan semula ini bersempena dengan nama Tun Tuanku Haji Bujang, mantan Yang Di Pertua Negeri Sarawak yang kedua sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan tertinggi ke atas segala jasa, sumbangan dan perjuangan Tun yang tidak terhingga ke atas Tanahair Sarawak.

Di samping itu, adalah menjadi hasrat UNIMAS agar nama Tun Tuanku Haji Bujang tetap sinonim dengan rakyat Sarawak serta kekal terpelihara agar terus segar diingati sepanjang masa. Tun adalah merupakan seorang tokoh negarawan terbilang yang cukup disegani serta merupakan individu penting dalam rencah pembangunan sosio ekonomi serta senario politik di Negeri Sarawak.

Naib Canselor UNIMAS turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) pada 22 Oktober 2018 telah bersetuju dengan usul penjenamaan semula nama Pusat Sukan UNIMAS sebagai Arena Tun Tuanku Haji Bujang dan Kerajaan Negeri Sarawak seterusnya telah meluluskan cadangan ini pada 5 September 2019.

UNIMAS merasakan perlunya ada usaha penjenamaan semula ini sebagai salah satu mercu tanda kebanggaan UNIMAS dan dengan adanya platform ini diyakini mampu membawa UNIMAS ke satu tahap yang lebih tinggi untuk dikenali dalam persada sukan tanahair sehingga ke peringkat antarabangsa. Penjenamaan ini juga mengambil kira kaedah dan metodologi yang lebih segar dalam urustadbir latihan dan pembangunan sukan para atlet universiti yang sedia ada dan atlet baru bersesuaian dengan suasana perkembangan arus sukan masa kini.

Selain turut memberi tumpuan kepada kecemerlangan akademik para siswazah, UNIMAS juga amat menggalakkan keterlibatan pelajar dan kakitangan universiti dalam sukan. Amat terkenal sebagai johan dalam sukan airnya, UNIMAS mempunyai kemudahan sukan air yang serba lengkap dan fasiliti sukan lainnya seperti stadium, gimnasium, kolam renang, padang bolasepak, gelanggang futsal, badminton dan lainnya yang serba moden serta kondusif. Selain itu, prasarana yang dinyatakan adalah terbuka kepada orang ramai untuk tujuan sewaan.

Semestinya penjenamaan semula ini adalah menjadi tanggungjawab besar terutamanya kepada UNIMAS dan pihak pengurusan Arena Tun Tuanku Haji Bujang amnya untuk terus dinamik dalam memastikan pelestarian sukan agar kekal cemerlang serta mampu menarik lebih banyak kolaborasi bersama pihak luar dari pelbagai agensi dalam mengintegrasikan kerjasama strategik.

Bermula dari sebuah unit sukan yang kecil dan dinaiktarafkan sebagai Pusat Sukan pada 25 Januari 2015 semasa berlangsungnya Majlis Amanat Naib Canselor oleh YBhg. Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi, penjenamaan semula ini mencerminkan satu peralihan positif yang perlu dibanggakan.

Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh YABhg. Datuk Amar Hajah Juma’ani Tun Tuanku Haji Bujang dan majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS, YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS, YBhg. Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim bin Suaidi dan pegawai-pegawai pengurusan tertinggi universiti.

 
Attachment(s):
 
 
Demo