Events Calendar

Download as iCal file
Pemahsyuran Datuk Seri Amar Douglas Uggah sebagai Pro-Canselor UNIMAS
Tuesday 28 June 2022, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1632
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Ugga1.jpg

 

Uggah3.jpguggah2.jpg

Kota Samarahan, 28 Jun 2022 : Premier Sarawak juga merangkap Pro- Canselor UNIMAS, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abg Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abg Haji Openg telah menyempurnakan pemahsyuran Pro-Canselor UNIMAS, Yang Berhormat Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang pertama konvokesyen komemoratif kelmarin.

Yang Berhormat Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas yang juga Timbalan Premier Sarawak dilantik sebagai Pro-Canselor yang kelima selama tiga tahun berkua kuasa pada 24 Januari hingga 23 Januari 2025.

Dalam ucapan, Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas atas pelantikan tersebut dan berharap agar ikatan hubungan antara universiti ini dengan kerajaan negeri bertambah erat dalam memacu pembangunan modal insan dan kemajuan negeri kesayangan kita ini.

“ Seterusnya kita berharap UNIMAS terus dimartabatkan sebagai institusi pengajian tinggi awam yang unggul bukan sahaja di Bumi Kenyalang, bahkan di pentas dunia,” katanya lagi.

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Anak Numpang di atas tunjuk ajar, sokongan serta khidmat dan jasa bakti yang dicurahkan kepada UNIMAS sepanjang lantikan sebagai Pro Canselor bermula 8 Oktober 2013 sehingga 7 Oktober 2021.

Beliau berkata, sesungguhnya jasa dan pengorbanan Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri sebagai Pro Canselor memberi impak yang cukup besar kepada perkembangan UNIMAS selama ini.

“Semoga Yang Berbahagia Datuk Patinggi Tan Sri senantiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan di samping keluarga tersayang,” katanya lagi.

 
Attachment(s):
 
 
Demo