Events Calendar

Download as iCal file
Anugerah Kecemerlangan pengajaran, iktiraf sumbangan ahli fakulti
Wednesday 25 January 2023, 03:00pm - 05:00pm
Hits : 834
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Live1.jpg
Live3.jpgLive2.jpg

KOTA SAMARAHAN, 25 Januari 2023 – Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menyaksikan Teaching Excellence Awards’ Lunch Appreciation and Book Launching “Real Application of Transformative Approaches for Teaching and Learning in the 21st Century”, yang telah diadakan di Galeri DeTAR, UNIMAS, pagi tadi.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Naib Canselor UNIMAS Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Anugerah Kecemerlangan pengajaran yang dijalankan setiap tahun di semua fakulti termasuk Pusat Pengajian Pra-Universiti (PPU) bermatlamat untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada sumbangan besar ahli fakulti dalam meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran, mempromosi dan menyokong pengajaran dan pembelajaran berkualiti tinggi di universiti, dan meningkatkan keterlihatan universiti dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat lima (5) kategori yang dianugerahkan kepada ahli fakulti yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran yang merangkumi iaitu, anugerah pengajaran, anugerah pengalaman pembelajaran mendalam yang cemerlang (bersemuka), anugerah pengalaman pembelajaran mendalam yang cemerlang (campuran), anugerah amalan pengajaran transformatif cemerlang, dan anugerah amalan penilaian cemerlang.

Terdapat sembilan belas kakitangan akademik telah menerima Anugerah Kecemerlangan Pengajaran 2022 melibatkan seorang penerima daripada kategori Anugerah Pengajaran,

tiga penerima untuk kategori Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Cemerlang (Teradun)

(iii) Seorang (1) penerima daripada kategori Anugerah Pengalaman Pembelajaran Imersif Cemerlang (Bersemuka), tujuh penerima masing-masing untuk kategori Anugerah Amalan Pengajaran Transformatif dan Anugerah Amalan Penilaian Cemerlang.

Penerima-penerima anugerah ini adalah daripada Fakulti Seni Gunaan & Kreatif, Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Fakulti Ekonomi & Perniagaan, Fakulti Kejuruteraan,

Fakulti Sains & Teknologi Sumber Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan Fakulti Bahasa dan Komunikasi dan Pra-Universiti.

Anugerah Kecemerlangan Pembelajaran di peringkat fakulti/pusat adalah satu langkah dalam menjadikan ahli akademik terserlah dari segi kecemerlangan akademik bukan sahaja di peringkat fakulti tetapi di Universiti dan mewakili Universiti ke peringkat Kebangsaan seperti Anugerah Akademik Negara atau Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Malaysia: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif (AKRI).

Selain daripada inisiatif penganugerahan, CALM juga telah mengambil peluang untuk mengumpulkan semua hasil projek dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran dan menerbitkan dalam bentuk penerbitan buku bertajuk “Real Application of Transformative Approaches for Teaching and Learning in the 21st Century”.

Seramai lima belas pengarang utama dan pasukan masing-masing telah mengambil bahagian dalam penerbitan buku ini dan sorotan buku mengenai pendekatan pengajaran dan pembelajaran transformatif Abad ke-21 dan pendekatan dalam amalan pentaksiran alternatif.

Buku ini merangkumi pelbagai topik berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang akan menjadi sumber rujukan yang baik untuk ahli akademik dan menyediakan mereka untuk menyesuaikan diri dengan generasi pelajar abad ke-21.

 
 
Attachment(s):
 
 
Demo