Events Calendar

Download as iCal file
Majlis ‘Clock Out’ Naib Canselor diadakan secara ringkas
Friday 23 October 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1396
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
clockout4.jpg

Clockout1clockout2

Clockout6clockout5

KOTA SAMARAHAN, 23 Oktober 2020: Majlis ‘clock out’ sempena persaraan wajib Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi diadakan secara ringkas bertempat di galeri Koompassia Excelsa, petang tadi.

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi memulakan tugas sebagai Naib Canselor UNIMAS ke-6 pada 16 April 2013 dan akan bersara wajib dalam perkhidmatan awam pada hari ini.

Dalam ucapan ringkas, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi mengucapkan terima kasih dan rasa penghargaan dengan warga UNIMAS yang selama ini banyak membantu sepanjang perkhidmatan beliau di Universiti ini.

Beliau turut berharap warga UNIMAS akan terus ‘teguh bersama’ dalam menjayakan visi dan misi Universiti seterusnya menyumbang dalam pembangunan anak-bangsa tercinta.

Dalam majlis petang tadi, Naib Canselor turut menyampaikan sumbangan dari Yayasan Haji Suaidi dan Hajah Halimah untuk hadiah kecemerlangan akademik Fakulti Kejuruteraan sebanyak RM10,000, Anugerah Ikon Muzik dan Persembahan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (RM2,000) manakala Kesatuan Kakitangan Am Unimas (KESAUMAS), Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU), Tabung Endowment Universiti, Kelab Kebajikan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer Utem, masing-masing menerima sebanyak RM5000.00.

Majlis hari ini turut meraikan sambutan hari jadi Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong bin Matjeraie, Timbalan-timbalan Naib Canselor, para Dekan-dekan dan warga UNIMAS lain.

 
Attachment(s):
 
 
Demo