Events Calendar

Download as iCal file
TRACE2021, pameran kerjaya terbesar kembali secara atas talian
Thursday 21 October 2021, 03:00pm - 05:00pm
Hits : 1232
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
4bae2563-73ff-48db-b776-10f94bb7919f.jpg

Kota Samarahan, 21 Oktober 2021 – Talent Recruitment and Career Exhibition (TRACE) 2021, pameran kerjaya dan latihan industri terbesar di Borneo anjuran Pusat Pembangunan Pelajar, Universiti Malaysia Sarawak akan diadakan secara dalam talian selama lima hari bermula 25 hingga 29 Oktober akan datang.

Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar, Profesor Madya Dr Faisal Ali Anwarali Khan memberitahu kali terakhir TRACE diadakan adalah pada tahun 2019 dimana pameran kerjaya ini telah mendapat sambutan lebih dari 15,000 pengunjung dengan penawaran lebih 1000 kekosongan jawatan kosong dan peluang latihan industri.

Namun begitu, katanya, dengan penggunaan platform yang dibangunkan dengan kerjasama syarikat Karuna Sarawak Enterprise Sdn Bhd, maka pengunjung yang menyertai TRACE kali ini pasti merasakan penggunaan maya seperti kehadiran fizikal.

“ Sebenarnya, PPP UNIMAS telah merancang untuk membuat program ini pada bulan April tahun lepas namun ditangguh disebabkan pandemik Covid-19. Bagaimanapun, untuk TRACE 2021 akan diadakan tetapi secara atas talian dan pendaftaran adalah percuma kepada semua masyarakat bukan sahaja di Sarawak tetapi juga di Semenanjung Malaysia menerusi laman web unimastrace.com.,” sambungnya lagi.

Katanya, TRACE juga bertujuan untuk menonjolkan bakat bakal-bakal graduan institusi-institusi pengajian tinggi di sekitar Sarawak dan seluruh negara kepada pihak industri selain diharap dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui jaringan dengan industri dan universiti.

Sementara Pengarah TRACE 2021, Encik Shane Lintang memberitahu lebih kurang empat puluh pihak dari industri pelbagai sektor pekerjaan telah bersetuju untuk menyertai TRACE 21 dan kerana itu, mereka yang berminat untuk mencari pekerjaan disaran untuk menyediakan salinan dokumen-dokumen untuk memohon pekerjaan serta berpakaian formal atau sesuai untuk menarik minat bakal majikan kelak meskipun ianya diadakan secara atas talian.

Beliau berkata, secara umumnya program ini merupakan pameran kerjaya dimana UNIMAS menjemput majikan-majikan yang menawarkan peluang pekerjaan untuk hadir membuka kaunter pameran dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan infomasi-infomasi tentang jawatan-jawatan yang ditawarkan dari segi kelayakan dan kemahiran yang diperlukan.

Oleh kerana itu, para penuntut institusi-institusi pendidikan tinggi, bakal-bakal graduan, graduan daripada politeknik dan kolej-kolej komuniti serta orang ramai yang sedang mencari peluang pekerjaan dijemput hadir dan menyertai TRACE21 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Pusat Pembangunan Pelajar UNIMAS di talian 082-581832 atau hantarkan emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 
Attachment(s):
 
 
Demo