Events Calendar

Download as iCal file
Penerima Anugerah di Konvokesyen UNIMAS Ke-24 terkejut dipilih
Thursday 14 October 2021, 04:00pm - 05:00pm
Hits : 2163
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Anugerah pelajaran diraja1.jpeg

 

Anugerah_pelajaran_diraja2.jpegAnugerah_canselor.jpegAnugerah_pro_canselor.jpeg

KOTA SAMARAHAN, 14 Oktober 2021: Penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen UNIMAS Ke-24, Mohammad Aidid bin Aidi,24, gembira dengan penganugerahan tersebut namun pada masa sama terkilan kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama ibu tersayang.

Graduan pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS yang berasal dari Kuching itu memaklumkan ibunya, Fatimah bte Ibrahim, telah meninggal dunia pada tahun lepas semasa tahun akhir pengajian dan merupakan seorang ibu yang penyayang dan sentiasa mendoakan kejayaan beliau dalam pengajian.

“ Ibulah antara insan yang sering mendoakan saya dalam pengajian terutama semasa musim peperiksaan. Saya sedih kerana ibu tidak sempat berkongsi kejayaan saya hari ini,” katanya yang merupakan anak bongsu dari enam adik beradik.

Bagaimanapun, katanya, ayahnya Aidi bin Helmi dan keluarga tidak lekang memberi sokongan kepadanya semasa beliau masih bergelar penuntut di UNIMAS.

“Saya amat berterima-kasih dengan semua keluarga, sahabat dan pensyarah yang telah banyak membantu sepanjang pengajian di UNIMAS. Segala bantuan yang diberikan akan saya kenang sampai bila-bila,”sambungnya yang kini bekerja sebagai Service Level Agreement (SLA) di Sarawak Information Systems Sdn Bhd.

Aidid bin Aidi terpilih menerima anugerah tersebut selepas menunjukkan kecemerlangan akademik secara konsisten dengan menerima anugerah Dekan setiap semester untuk tempoh tiga tahun.

Selain itu, Aidid yang juga penerima Yayasan Biasiswa Sarawak, Tunku Abdul Rahman ini juga terlibat secara aktif dalam aktiviti di peringkat kolej, fakulti, universiti dan dan pernah memegang jawatan penting dalam penganjuran program berbentuk khidmat masyarakat dan penglibatan Universiti dalam program di peringkat negeri dan kebangsaan.

Manakala Chong Xin Ying, 24, graduan Sarjana Muda Kejururawatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UNIMAS, terkejut apabila namanya diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang) pada majlis konvokesyen UNIMAS Ke-24, yang diadakan secara atas talian pagi tadi.

Menceritakan detik awal beliau memulakan pengajian di UNIMAS, Chong Xin Ying dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, memberitahu jurusan kejururawatan bukanlah pilihan pertama beliau semasa mengisi ‘UPU Online’ sebaliknya beliau mendaftarkan jurusan doktor perubatan veterinar.

“ Mula-mula agak sedih kerana tidak mencapai impian saya sebagai doktor veterinar namun selepas sering mengikuti kelas kejururawatan, saya jadi seronok dengan jurusan ini,” katanya sambil mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar, keluarga dan sahabat handai yang telah banyak membantu dan memberi dorongan kepada beliau dalam pengajian.

Chong Xin Ying yang akan memulakan kerjaya beliau di Hospital Tan Tock Seng, Singapura, penghujung bulan ini merupakan anak bongsu dari tiga adik beradik dan pernah menerima anugerah Kepujian Dekan dari fakulti sebanyak tujuh kali berturu-turut dan dua kali beliau berjaya mendapat PNGK 4.00.

Beliau merupakan pelajar yang aktif dalam bidang aktiviti korikulum dan kepimpinan semasa pengajian di Universiti termasuk penglibatan di NGO peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta program khidmat masyarakat seperti Lions Club International Feed the Hunger Project 2019 dan PERKATA Health Screening 2017.

Sementara itu, majlis konvokesyen kali ini turut menyaksikan penganugerahan akademik: iaitu Anugerah Canselor kepada Wan Normardhiah binti Wan’Aizuddin, graduan dari Fakulti Kejuruteraan.

Wan Normardhiah, berasal dari Kuala Terengganu dan juga penerima biasiswa Tunas Peneraju Yayasan Sime Darby dipilih atas kecemerlangan dalam bidang akademik, kemahiran kepimpinan dan komitmen beliau kepada fakulti dan Universiti selain pernah menyandang Anugerah Dekan sebanyak tujuh kali dan dipilih sebagai pelajar terbaik di Fakulti Kejuruteraan UNIMAS pada tahun 2018 dan 2019.

Manakala Anugerah Pro Canselor pula dianugerahkan kepada Chelsea anak Michcal, anak watan Sarawak dan graduan dari Fakulti Sains Sosial UNIMAS selepas beliau didapat cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga penglibatan aktiviti Universiti di peringkat Negeri dan Kebangsaan.

Beliau pernah mewakili UNIMAS dalam pertandingan debat di peribgkat antarabangsa, kebangsaan dan Negeri Sarawak, dan pernah muncul juara dalam pertandingan Borneo British Parliamentary Debating Championship 2019 dan dinobat antara sepuluh penobat trerbaik dalam pertandingan Malaysian National Universities Debating Championship 2019.

 
Attachment(s):
 
 
Demo