BEGIN:VCALENDAR VERSION:2.0 PRODID:-//jEvents 2.0 for Joomla//EN CALSCALE:GREGORIAN METHOD:PUBLISH BEGIN:VTIMEZONE TZID:Asia/Kuching END:VTIMEZONE BEGIN:VEVENT UID:1cf25ce9fb56d6e82fc1a597aa9a43e3 CATEGORIES:Community Engagement CREATED:20230111T083811 SUMMARY:PROJEK SULAM ANTARABANGSA DALAM TALIAN BUKAN PENGHALANG KOLABORASI ANTARA DUA NEGARA DESCRIPTION:
PROJEK SULAM ANTARABANGSA DALAM TALIAN BUKAN PENGHALANG KOLABORA SI ANTARA DUA NEGARA
Oleh Noorhaslina Senin
Sesi Pembentangan Akhir Projek eSULA M Antarabangsa antara FSGK,UNIMAS dengan pihak Universitas Udayana (UNUD) d an Desa Adat Kelan, Bali Indonesia.
9 Januari 2023 – Projek eSULAM Antarabangsa dilaksanakan buat pertama kalinya di bawah di bawah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), UNIMAS. Ia merupakan kola borasi antara Program Teknologi Seni Reka (FSGK,UNIMAS) , Program Studi Ars itektur, Fakultas Teknik, Universitas Udayana (UNUD) dan Desa Adat Kelan, B ali, Indonesia.
Projek eSULAM antarabangsa turut disokong oleh Pusat Kelestarian Universiti (USC, UNIMAS) dan UNIMAS Global (UG) dan ia merupaka n salah satu inisiatif pengantarabangsaan universiti melalui khidmat komuni ti. eSULAM ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan SU LAM (Service Learning Malaysia) yang dijalankan secara dalam talian dan unt uk projek ini hanya aspek khidmat komuniti sahaja dijalankan secara atas ta lian.
13 orang mahasiswa UNIMAS, 10 mahasiswa UNUD, 1 pensyarah UNIMA S, 1 pensyarah UNUD dan 1 wakil komuniti Adat Kelan telah bekerjasama dalam tempoh empat bulan untuk projek mempromosikan Desa Adat Kelan sebagai kawa san pelacongan.
Tidak pernah menjejakkan kaki ke Bali dan Desa Adat K elan merupakan cabaran utama bagi mahasiswa UNIMAS. Namun, mereka mendapat bimbingan daripada mahasiswa yang pernah terlibat dengan program Mobiliti U NIMAS dan Penyelaras SULAM, Cik Noorhaslina Senin yang pernah berkerjasama dengan Komuniti di Desa Adat Kelan beberapa bulan yang lalu. Pelajar juga d ibantu oleh mahasiswa dan pensyarah UNUD dalam penghasilan video promosi ya ng dihasilkan.
Hasil kerjasama pelbagai pihak ini ialah 3 video promo si untuk Desa Adat Kelan yang merangkumi profil Desa, aktiviti Pantai Kelan dan kulinari di Pantai Kelan. Pelajar turut menghasilkan kandungan kreatif lain untuk media sosial khas bagi mempromosikan Desa Adat Kelan. Selain it u pelajar juga diberi tugasan untuk mengenalpasti isu di Desa Adat Kelan da n memberi cadangan penambahbaikan melalui penghasilan Key Plan Report bersa ma pelajar UNUD. Melalui projek ini, pelajar dapat mengenali Desa Adat Kela n secara tidak langsung.
Antara strategi promosi yang dicadangkan oleh pihak pelajar ke pada pihak komuniti Desa Adat Kelan.
Menurut Penyelaras Projek e SULAM, Cik Noorhaslina Senin “Idea untuk kolaborasi ini tercetus sebaik sah aja saya pulang dari program mobiliti di Desa Adat Kelan. Memandangkan piha k komuniti memang berhasrat untuk mempromosikan desa mereka, maka saya lanj utkan kerjasama ini ke dalam projek eSULAM dan saya sangat gembira kerana p rojek ini mendapat kerjasama dari pelbagai pihak dan mereka amat berpuas ha ti dengan hasil akhir projek ini”. Ia turut disokong oleh wakil pelajar Che lsea Sipail “Walaupun kami tidak pernah ke Bali, tetapi dengan bantuan dan bimbingan rakan-rakan mahasiswa UNUD, Pak Widya dan Pak Budi kami berjaya m enyiapkan projek ini dan saya harap agar Desa Adat Kelan akan lebih dikenal i lepas ni.”
Pada masa yang sama Pensyarah UNUD, I Nyoman Widya Param adhyaksa atau lebih mesra dengan panggilan Pak Widya turut berkongsi pendap at berhubung kolaborasi ini, “Ini kali pertama pihak kami melaksanakan kola borasi untuk projek SULAM dan saya senang sekali dengan hasilnya projek ini . Saya berharap agar kolaborasi ini dapat dilanjutkan dimasa hadapan.” Seme ntara itu wakil komuniti Desa Adat Kelan I Nyoman Budiasa atau Pak Budi ber pendapat, “3 video yang ditampilkan itu luar biasa kerana ia mampu menggamb arkan apa yang ada di Desa Adat Kelan dan terima kasih kerana telah membant u mengenalpasti potensi dan mempromosi Desa Adat Kelan”
DTSTAMP:20240329T191820Z DTSTART;TZID=Asia/Kuching:20230107T080000 DTEND;TZID=Asia/Kuching:20230107T170000 SEQUENCE:0 TRANSP:OPAQUE END:VEVENT END:VCALENDAR