Events Calendar

Download as iCal file
Artikel “Masalah Kesihatan Mental” Hasil Karya Puan Samsiah Jayos dalam Suara Sarawak
Friday 22 January 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1543
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Capture3.JPG

APAKAH itu kesihatan mental? Untuk memahami penyakit mental, kita harus mengetahui dahulu definisi

kesihatan mental. Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendefinisikan kesihatan mental sebagai kebolehan untuk merealisasikan potensi seseorang, dapat mengatasi tekanan dalam kehidupan, boleh bekerja secara produktif dan berfungsi memberi manfaat kepada komuniti.

Manakala, kesihatan mental merujuk remaja adalah golongan ini merasa lebih bahagia bersamasama keluarga, dapat bersosial dengan lebih baik, boleh belajar dengan cemerlang, dan dapat menikmati pengalaman baharu jika mereka sihat dari segi mental.

 

Isu Masalah Mental Remaja

Penyakit mental muncul sebagai ancaman kesihatan yang serius di negara maju serta negara membangun. Statistik Tinjaun Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2017, pada 2011 sahaja menunjukkan kira-kira 1 juta (20 peratus) kanak-kanak berumur di antara 5 hingga 16 tahun mengalami masalah kesihatan mental seperti kecacatan perkembangan, emosi dan gangguan tingkah laku.

Apakah dimaksudkan dengan gangguan mental? Gangguan mental ialah sekumpulan penyakit yang menjejaskan anak anda secara psikologi.

Hal ini dapat menghalang kemampuan mereka untuk fokus, berinteraksi, melakukan tugas asas atau menikmati kehidupan secara umum.

Remaja berusia 13 tahun sehingga 17 tahun mengalami masalah kesihatan mental. Satu daripads setiap lima orang mengalami kemurungan iaitu sebanyak 18.3 peratus, dua dalam setiap limam orang dilanda simptom keresahan iaitu sebanyak 39.7 peratus manakala satu dalam setiap 10 orang mengalami gejala stres iaitu 9.6 peratus

Punca Masalah Mental Remaja

Dikenal pasti dua punca masalah kesihatan mental remaja ialah meletakkan harapan tinggi kepada anak remaja, iaitu tindakan mahu memenuhi jangkaan ibu bapa dalam pelajaran menyebabkan remaja semakin tertekan.

Ramai dalam kalangan ibu bapa tidak menyedari tindakan mereka menyebabkan tekanan untuk anak. Ibu bapa sering kali menggunakan alasan jaminan masa depan yang cerah untuk menekan anak soal pembelajaran tanpa mengambil berat keperluan emosi mereka.

Membandingkan keputusan peperiksaan anak dengan anak yang lain turut sama menyumbang kepada tekanan perasaan. Sentiasa yakin dengan kebolehan anak agar mereka lebih berasa dihargai. Selain itu, perkembangan media sosial seperti Facebook, Instgram dan Twitter menjadi suatu medium yang wajib untuk remaja melayari setiap hari.

Ada pula antara mereka yang tertekan kerana cyber bully yakni apabila mereka melakukan atau berbicara hal yang tidak sepatutnya, orang ramai mula mengecam atau berbicara berkenaan mereka dan hal ini memberi tekanan kepada mereka.

 

Jenis Penyakit Mental

Jika ingin bincang masalah kesihatan mental ini, memang banyak yang dihadapi oleh remaja. Antaranya ialah jenis gangguan atau penyakit mental adalah gangguan Kebimbangan, gangguan tekanan pasca trauma (PTSD), Gangguan Kompulsif Obsesif (OCD), Gangguan emosi_iaitu kemurungan klinikal dan gangguan bipolar dan Gangguan psikotik_– skizofrenia.

Selain itu, gangguan pemakanan seperti bulimia dan anoreksia nervosa. Begitu juga, gangguan perkembangan seperti gangguan perhatian hiperaktif (ADHD).

Seterusnya, gangguan tingkah laku seperti Gangguan Ingkar (ODD), kecacatan intelektual iaitu Gangguan Spektrum Autisme (ASD) dan kurang mendapat perhatian ibu bapa.

Selain penggunaan media sosial tanpa kawalan dikenal pasti antara penyumbang masalah kesihatan mental serius yang dihidapi remaja.

Pengaruh Media Sosial

Pakar perunding psikitiari hospital bahagia Ulu Kinta, Dr Norhayati Nordin, berkata kebanyakan remaja kini lebih gemar mencari perhatian melalui media sosial kerana kebolehan mereka tidak dihargai oleh ibu bapa.

Katanya, penggunaan media sosial membolehkan remaja meluahkan apa-apa yang terbuku tanpa perlu bersemuka hingga membuatkan mereka terdedah kepada cacian dan hinaan,khususnya apabila luahan mereka tidak mendapat reaksi positif daripada pengguna lain.

Katanya, ini memberi pengaruh besar kepada remaja apabila mereka mudah terkesan dan terpengaruh dengan keperluan mendesak untuk bersaing dengan rakan sebaya sehingga mencetuskan tekanan perasaan. Disyorkan untuk orang terdekat dengan remaja ringan mulut, tanya khabar bantu pesakit mental, anak murung sering fikir untuk bunuh diri, ibu bapa perlu dengar, peka luahan perasaan anak, tekanan punca remaja hamil luar nikah ambil keputusan luar jangka.

 

Cabaran Kehidupan

Kehidupan ini pasti banyak ranjau dan cabarannya. Tidak terkecuali golongan remaja. Dalam tempoh ini mereka bergolak dengan emosi dan mula akan memberontak terhadap isu tertentu. Hal ini mampu membawa kepada tekanan perasaan sekali gus menyebabkan masalah kesihatan mental mereka juga terjejas. Buat golongan ini, hadapi cabaran kehidupan dengan penuh ketenangan, ikut ajaran agama secara konsisten, banyakkan doa serta tawakal.

Jom berkongsi masalah dan hubungi Talian Kaunseling4u 010- 2882290 Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia berhubung dengan kaunselor anda atau hubungi talian kasih 15999 yang  beroperasi 24 jam sehari. Insya- Allah, masalah anda mungkin dapat dirungkai.

Ya Allah, Ya Bariq.

 
Attachment(s):
 
 
Demo