Events Calendar

Download as iCal file
Dua graduan UNIMAS terima Anugerah Terbaik Yayasan Sarawak 2020
Tuesday 07 September 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1245
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Yayasan1.jpeg

Yayasan2

KOTA SAMARAHAN, 7 September 2021: Dua graduan UNIMAS telah terpilih menerima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak 2020, dengan majlis penganugerahan tersebut telah disempurnakan hari ini.

Dua graduan tersebut iaitu Yvanessa Anak Henry Lemat dari Program Pembangunan Sumber Manusia, Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) dan Jee Jing dari Program Sains dan Pengurusan Sumber Tumbuhan, Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), masing-masing membawa pulang cek berjumlah RM2000, sijil penghargaan dan plak dari Yayasan Sarawak.

Hadir menyaksikan majlis tersebut secara hibrid ialah Pengarah Yayasan Sarawak, Tuan Hj Mersal bin Abang Rosli secara dalam talian serta satu majlis tertutup diadakan di Galeri Koompassia Excelsa, UNIMAS, dengan kehadiran Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Penolong Naib Canselor, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber (FSTS), Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia (FSKPM) serta dua (2) orang penerima Anugerah Graduan Terbaik Yayasan Sarawak 2020.

Naib Canselor juga dalam ucapan beliau menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Yayasan Sarawak atas tajaan anugerah yang diberikan kepada graduan UNIMAS.

Beliau berkata, tajaan anugerah tersebut merupakan kali kedua sejak diperkenalkan pada tahun 2019 bagi meraikan graduan cemerlang dari segi akademik dan kurikulum.

Beliau turut berharap Yayasan Sarawak akan meneruskan penganugerahan ini bagi tahun-tahun yang akan datang supaya ianya dapat menyuntik semangat kepada bakal graduan untuk berusaha lebih gigih, berdaya saing dan cemerlang dari aspek akademik mahupun kurikulum sepanjang tempoh pengajian di UNIMAS.

 
Attachment(s):
 
 
Demo