Events Calendar

Download as iCal file
MASNITA serah sumbangan kepada yang memerlukan
Wednesday 05 May 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 937
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Rizqi1.jpeg

Rizqi2

 

Kota Samarahan: Persatuan Wanita UNIMAS (MASNITA) telah menyerahkan sumbangan berupa barangan keperluan kepada 34 buah keluarga yang memerlukan di sekitar Kampung Semariang Jaya dan Jalan Astana, Kuching, pada 1 Mei lepas.

Program RizQi Qaseh MASNITA siri ke-2, MASNITA tersebut telah diketuai oleh Yang Dipertua MASNITA, Datin Kartini Ahmad, dan ahli jawatankuasa MASNITA. Dengan terlaksananya aktiviti siri ke-2 ini, maka MASNITA telah merealisasikan hajat dan hasrat mereka yang telah menyumbang. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas kebaikan mereka yang telah menyumbang dan memberi sokongan padu buat MASNITA.

MASNITA dengan seikhlas hati mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli MDekan dan staf UNIMAS lain, termasuk pihak luar yang telah sudi memberi sumbangan sama ada dalam bentuk wang tunai atau keperluan barangan asas lain, untuk menjayakan program ini.

 
Attachment(s):
 
 
Demo