Events Calendar

Download as iCal file
Bidaan plat kenderaan khas UNIMAS dibuka tujuh hari
Wednesday 01 July 2020, 08:00am - 05:00pm
Hits : 4370
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
TYCO8120.JPG

TYCO8168

KOTA SAMARAHAN, 1 Julai 2020: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) mencipta sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya membuka peluang kepada warga Universiti, alumni dan orang awam, untuk mendapatkan nombor pendaftaran khas tertera nama ‘UNIMAS’ melalui kaedah bidaan.
Nombor plat khas kenderaan tersebut akan bermula dengan abjad ‘UNIMAS’ diikuti dengan rangkaian nombor pilihan dan hanya boleh dibeli secara ekslusif dan secara bidaan menerusi sistem UNIMAS8.

Sementara itu, majlis pelancaran yang dirancang untuk diadakan pada Mac lepas, telah ditangguhkan pada hari ini, dan telah diadakan dalam majlis ringkas dan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa PKPP.

Majlis pelancaran nombor pendaftaran khas UNIMAS tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS,YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, dan disaksikan bersama oleh Naib Canselor, YBhg Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, ahli Jawatankuasa Eksekutif, wakil JPJ, pengurus dan wakil Bank Rakyat, wakil Maybank dan rakan media.

Sebaik pelancaran dilakukan, sistem dan proses bidaan nombor plat khas “UNIMAS” telah dibuka tepat jam 12.00 tengahari tadi, dan akan ditutup pada 7 Julai 2020 pada pukul 12.00 tengahari untuk bidaan Siri 1/2020.

Nombor yang ditawarkan secara bidaan bermula dengan UNIMAS 11 hingga UNIMAS 9999 dengan harga terendah RM350.00, RM888.00, RM1500.00, RM2000.00, RM2500.00 dan RM6000.00 mengikut beberapa kategori yang berbeza iaitu Semasa, Istimewa, Popular 4 Digit, Popular 3 Digit, Popular 2 Digit dan Menarik.

Peluang ini hanya sekali sahaja dalam sejarah penubuhan UNIMAS dan semoga ia bermanfaat dan menjadi legasi serta antara koleksi kenangan yang istimewa untuk dimiliki.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi Ketua Bahagian Endowmen dan Wakaf , Puan Dayang Nor Hajijah Awang Daud, ditalian 082-581231 /581918, selaku bahagian yang menguruskan tawaran dan bidaan melalui UNIMAS8 ini atau layari laman web www.unimas.my/unimas8 untuk mula mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat meneruskan proses bidaan. Sebarang persoalan atau bantuan boleh juga diemailkan ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

 
Attachment(s):
 
 
Demo