Events Calendar

Download as iCal file
MEGA
Saturday 19 June 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 2770
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
ppv1.png

18 Jun 2021, secara rasminya Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pendidikan Tinggi Universiti Malaysia Sarawak (PPV IPT UNIMAS) diiktiraf sebagai PPV yang berstatus MEGA – penerima dos ke-5000, Kho Siaw Huie, rakan media kita dari Daily Sin Chew telah selamat didaftar masuk ke automated queuing system, UNIMAS QVac pada pukul: 7:43 pm.

 

ppv2

I do this for my family.” –  Kho Siaw Hui, penerima vaksinasi ke-5000 memilih untuk divaksin demi melindungi orang yang tersayang.

Kadar penerima vaksin dalam satu jam untuk 39 kaunter melalui pendaftaran sistem UNIMAS QVac adalah lebih kurang 500 orang/jam.  Terror nak. So, apa cerita QVac tok?

This (UNIMAS QVac system) is a wholistic system that works to cut down on the waiting time. It truly resembles digital agenda of the State and echoes the 50,000 vaccinations per day target stated by our Chief Minister (of Sarawak)”. Komen Profesor Lo May Chiun, Pengarah Research, Innovation and Enterprise Centre UNIMAS (RIEC). Dia juga menerangkan bahawa ini adalah salah satu usaha ke arah sasaran sustainabiliti.

Ahh... excited!! Kita udah MEGA! Kinek kita officially (beroperasi) sebagai MEGA PPV!” – Profesor Madya Dr. Ehfa Bujang Safawi, Pengarah Hospital Pengajar UNIMAS merangkap Pengarah PPV IPT UNIMAS sangat gembira dengan kejayaan PPV IPT kita.

 

ppv3

Prof. Lo bersama Datuk NC, Dr. Ehfa dan Tuan Hj Azlan Ramli. Dia, Profesor Ir. Dr Wan Hashim Wan Ibrahim (yang camera shy) dan ahli pasukannya sentiasa memantau sistem QVac dengan Prof. Wang dan Tuan Hj Azlan. Pada waktu foto ini diambil, debaran 5000 semakin kencang, membakar semangat petugas-petugas dan sukarelawan PPV IPT UNIMAS.

ppv4

Orang kuat kita, Profesor Dr Wang Yin Chai bersama ahli-ahli pasukan QVacnya. Bukan senang untuk mengadakan suatu sistem yang efisien bagi memudahkan pengoperasian PPV bersaiz MEGA. Hanya kami sahaja yang tahu drama di sebalik ekspresi tenang Prof. Wang. Dengan kerjasama padu pasukan infrastruktur teknologi maklumat Centre for IT Development and Services (CITDS) UNIMAS dan Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Aset, pelbagai rintangan IT diselesaikan bersama. Syabas diucapkan kepada mereka!

Meraikan kejayaan ini, Naib Canselor kita, Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi (sangat bahagia nya kinek tok) amat berbangga dengan dedikasi petugas-petugas serta sukarelawan yang terdiri daripada UNIMASians. Teguh Besama pok!

Adik kakak semua, juh daftar untuk vaksinasi COVID-19 di MySejahtera dan sama sama kita menyumbang pada memutuskan rantaian jangkitan wabak tok. Kita jaga Kita. Kita lindung kita.”

Sila dengar pesan Datuk NC kamek orang, k?

Untuk pengetahuan semua, UNIMAS telah menyahut seruan kerajaan dan penubuhan PPV IPT UNIMAS merupakan sebagai langkah untuk membantu Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dalam menyediakan akses yang lebih banyak kepada rakyat untuk divaksin dan mengguna pakai model PPV di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai tonggak. Kami akan sentiasa berusaha untuk memberikan servis terbaik untuk para-para penerima vaksin di PPV kami.

Kami semua menyokong usaha UNIMAS dan bangga yang kami dapat membantu ke arah matlamat mulia ini – membendung jangkitan COVID-19.

 

ppv5

UNIMASians suka dan rela berkhidmat untuk negara tercinta. Penat itu biasa, yang penting berkat usaha ke arah misi mencapai imuniti kelompok dikongsikan bersama.

 

ppv6

Kilang vaksin kami. Mereka adalah diantara petugas-petugas medikal PPV IPT UNIMAS yang bertugas di belakang tabir. Pada 18 Jun 2021, mereka telah menyediakan lebih daripada 13,000 botol vaksin. Minggu depan, sasaran vaksin dijangka melebihi 25,000 untuk PPV bertaraf Mega kita.
Kita jaga kita. Kita lindung kita. Kita ngintu kita.  Sempat ‘senyum’ pok apabila di candid.

 

ppv7

Kaunter pendaftaran tambahan di Arena Gemilang. UNIMAS agresif dalam usaha membantu kerajaan Negeri untuk mencapai 50,000 pemberian vaksin sehari. Kelihatan Pengarah UNIMAS Global, Profesor Madya Dr Shanti Faridah Salleh dan pasukannya sedang membuat pendaftaran untuk bakal penerima vaksin.

 

ppv8

“Tambah gik kerusi di AG (Arena Gemilang). Make sure susunan kerusi ya ikut SOP.” Datuk NC kita menunjukkan teladan seorang pemimpin yang prihatin. CQI (continuous quality improvement) amat penting bagi memastikan kemudahan-kemudahan untuk pendaftaran, pemberian vaksin, dan pemantauan serta penetapan janji temu penerima-penerima vaksin di PPV bertaraf Mega kita diurus dengan baik.

 

ppv9

Singit dah canopy ya. Polis bantuan UNIMAS sanggup mengharungi cuaca yang ada kalanya panas terik, ada masanya hujan untuk memastikan perjalanan 5000 lebih penerima vaksin ke PPV sentiasa selamat, lancar, dan teratur. Thank you gilak-gilak abang long, kakak long semua!

 

rsz ppv10

Sidak-sidak tok adalah antara orang-orang yang bekerja keras di belakang tabir PPV IPT UNIMAS. Hubungi talian HOTLINE untuk mendapatkan informasi terkini tentang PPV IPT UNIMAS. Mohon ambil maklum kamek orang sik boleh molah slot-in atau walk-in okay?

Pesanan kamek orang, “Sentiasa update MySejahtera kitak orang. Semak SMS juak... ne tauk kenak ‘tiket’.”

 

rsz ppv11

Kaunter janji temu ini telah mendaftarkan lebih 10,000 janji temu dos ke-2 vaksin. Menjelang Ogos, sasaran warga Sarawak sekitar Kuching dan Kota Samarahan yang divaksin dianggarkan melebihi 300,000 orang (dengan kiraan: 5000 orang x ±70 hari). Bersama kita berdoa dengan harapan urusan UNIMASians dimudahkan dan PPV IPT UNIMAS berjaya.

 
Attachment(s):
 
 
Demo