Events Calendar

Download as iCal file
PROGRAM AGIHAN BUBUR PEDAS PPU RAMADAN 2021
Friday 07 May 2021
Hits : 726
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
AGIHAN BUBUR PEDAS PPU RAMADAN 2021

6 Mei 2021, Khamis, Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Sesi 2021/2023 yang baharu telah mengadakan program sulongnya dengan penganjuran Program Agihan Bubur Pedas kepada semua ahli PPU sebagai sesi pengenalan dan pengisian Ramadan bagi tahun 2021 dengan keadaan norma baharu. Pendekatan kali ini memilih menu Bubur Pedas yang begitu sinonim dengan masyarakat Sarawak khasnya apabila menjelang bulan Ramadan. 

Objektif Program Agihan Bubur Pedas Ramadan pada kali ini adalah untuk mengimarahkan Ramadan yang disambut sederhana tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19 dan selain daripada itu mengerat dan memperkukuhkan silaturrahim di antara ahli PPU. Program ini telah melibatkan pengagihan sebanyak 150 bekas berisi Bubur Pedas yang telah diagihkan kepada Pengurusan Tertinggi UNIMAS dan ahli PPU yang mendaftar yang selama ini banyak menyokong serta mendukung program-program yang dijalankan oleh Persatuan.

 
Attachment(s):
 
 
Demo