Events Calendar

Download as iCal file
UNIMAS dan SHEDA jalin MoU tanda kerjasama dalam penyelidikan
Monday 05 April 2021, 04:00pm - 05:00pm
Hits : 508
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
MoU SHEDA.jpg

KOTA SAMARAHAN, 5 April 2021: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA).

Majlis pertukaran dokumen MoU tersebut telah disempurnakan oleh Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Presiden SHEDA, Dr Christopher Ngui, di pejabat Naib Canselor UNIMAS, hari ini.

MoU tersebut bagi menandakan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan modal insan yang mana akan memberi manfaat kepada kepakaran penyelidikan UNIMAS dengan menyatukan idea-idea dan pandangan bagi tujuan pembangunan penyelidikan yang lebih baik di masa hadapan.

Hadir sama dalam majlis pertukaran MoU tersebut ialah Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Madya Dr Siti Noor Linda Taib, Dekan Fakulti Alam Bina, Profesor Nurakmal Abdullah Goh Tuo, Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan, Profesor Dr Andrew Ragai Henry Rigit, Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina, Gui Hun Chuen, Pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Dr Lee Yee Yong, Timbalan Presiden SHEDA, Augustine Wong, Setiausaha Agung SHEDA, Dr Richard Tan dan bekas Presiden SHEDA, Zaidi Ahmad.

 
Attachment(s):
 
 
Demo