Events Calendar

Download as iCal file
Persatuan Pengurus UNIMAS (PPU) Hulur Sumbangan Mangsa Kebakaran Kampung Sekubang, Batu Kawa Lama
Friday 17 September 2021, 08:00am - 05:00pm
Hits : 1073
 
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
cabbea1c-1ba4-4317-ba20-d3f2c7aed089.jpg

16 September 2021, Malapetaka yang menimpa sebuah rumah panjang yang dihuni 150 orang termasuk 66 kanak-kanak di Kampung Sekubang, Batu Kawa Lama akibat kebakaran pada 8 Ogos 2021 yang lalu mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasuk daripada Persatuan Pengurus UNIMAS. Kejadian jam 7.26 malam, 8 Ogos 2021 menyebabkan semua penghuninya hilang tempat tinggal. Ke semua penghuni telah berpindah ke rumah flat yang di sumbangkan oleh kerajaan negeri.

Simpati dengan nasib yang menimpa mangsa kebakaran itu, Persatuan Pengurus UNIMAS yang diketuai oleh Pendaftar UNIMAS, Tuan Hj Azlan bin Ramli melalui Exco Kebajikan & Hubungan Ahli, telah berjaya mengumpul dana di kalangan ahli persatuan untuk disumbangkan kepada penghuni yang terjejas. Bantuan berupa pek barangan makanan kering telah berjaya diagihkan dengan harapan agar bantuan yang diberikan, ianya sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh semua mangsa dengan keadaan pandemik yang kian meruncing di Sarawak.

 
Attachment(s):
 
 
Demo